“Suamiku lemah tenaga batin, belum pun 10 minit, paling lama pun 30 minit je dah game over, dia tak kesian tengok aku nangis, tiada rasa tanggungjawab”

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Salam Namaku Sarah, terima kasih admin kalau approve confession aku ni.

Aku tak tau nak mula dari mana cerita aku. Selalu baca konfesyen orang sampai dapat Top Fan,

kali ni nak konfes juga masalah aku tengah hadapi sekarang ni.

"Suamiku lemah tenaga batin, belum pun 10 minit, paling lama pun 30 minit je dah game over, dia tak kesian tengok aku nangis, tiada rasa tanggungjawab"

Maafkan aku kalau ada yang tak suka dengan attitude aku tapi aku cukup tertekan sekarang ni.

Aku sebelum kahwin memang ada simptom² depression dan anxiety dan sekarang ni dah nak masuk 3 tahun.

Semua simptom ada cuma rasa nak bnuh diri je takda. Dan aku tak berani lagi nak dapatkan rawatan, aku biasa baca vlog doktor² atau psikologis je di youtube.

Bila aku kahwin macam biasalah banyak duduk rumah dan tunggu suami balik dari kerja.

Kalau ada family dia atau balik kg family dia barulah aku ada interaksi dengan orang atau jumpa² sesiapa di tengah jalan ke.

Tapi bukan tu je masalah aku sekarang ni. Masalah aku sekarang ni, suami aku dari awal kahwin sampai 1 tahun lebih ni lemah tenaga batin.

Kami dah ada anak sorang alhamdulillah tapi yang aku stress aku tak rasa pun honeymoon atau nikmat malam pertama tu.

Orang lain kahwin naik seri, aku muka sedih dan murung yang bertambah murung.

Cuma masa awal kahwin tahulah 8 tahun bercinta mestilah sayang, aku boleh terima kekurangan suami aku tapi setiap kali bersama memang aku tertekan bila end upnya penat mandi wajib je.

Suami memang baik, soft spoken, lemah lembut, kind hearted dan memahami skit aku, suami pun solat dan peramah bila bercakap dengan orang. Itu yang aku suka dengan suami.

Bila dah kahwin ni rajin sangat tolong aku di rumah. Aku memang rasa tak penat sebab dia tahu mana benda patut dia tolong.

Aku bersyukur dan selalu berterima kasih untuk itu dan mungkin disebabkan dia tahu kekurangan dialah kot dia rajin tolong mana yang patut, ambil hati mungkin.

Ikut hati aku supaya terus dengan dia. Dia akan tolong basuh pinggan lepas makan dan kami gilir² kadang² bila baby nangis dia akan cakap letak je nanti abang cuci,

So aku boleh cuci tangan lepastu gendong baby tak payah cuci piring. Dia akan tolong masak nasi, masak air, kemas rumah, kadang cuci pakaian kami bertiga.

Maksudnya dia tetap tolong cuci bajulah, bukan aku je. Dan memang hidup aku semua berlegar tentang dia.

Sebab tu juga aku fikir banyak kali dan maafkan dia setiap kali perkara yang dia sengajakan itu berlaku.

Kami akan saling bermaafan dan sayang² manja² balik, aku sayang dan teramat cintakan dia.

Aku tak kisah gaji dia bawah 400, aku kahwin denan dia memang 1 harta pun takda even kerja pun gaji takat tu ja. Masih mencari dan menunggu panggilan kerja. Doakan suami aku dan aku murah rezeki.

Kenapa aku cakap dia sengajakan, yerlah aku dah banyak kali nasihat dan tegur dia jangan sengaja game over.

Setiap kali bersama akhirnya jadi pergduhan dan aku akan marah maki hamun sebab aku stress dia sengaja buat macam tu.

Aku sentiasa bagi peluang untuk dia perbaiki kelemahan dia, aku bagi masa, aku bagi sokongan moral sarankan dia jumpa dr pakar tuan.

Tapi mulut ja bercakap, mengiya²kan sahaja tapi sekejap je dan jadi balik perangai macam tu.

Pernah dulu dia marah dan dia suruh cari lelaki lain, aku marah balik aku bukannya mau lelaki lain yang mahukan kepuasan dari dia dan dia sepatutnya berusaha bukan main pasing² bini pada lelaki lain.

Aku cakap aku akan sabar dan tunggu tapi entahlah memang suka ambil ksempatan.

Bersenam jarang, hanya bila aku marah dan konon keluar rumah pergi jumpa mak bapa dia sambil² joging kononnya entah berapa belas minit je. Selebihnya duduk bercerita dengan family dan ketawa². Aku boleh agak.

Aku banyak kali marah sebab aku perhati dia jarang sangat ‘bersama’ bila malam. Dari awal kahwin dia bila malam banyak tidur, kadang² aku suarakan aku nak baru dia pandai cari.

Aku cakap dia bukan macam lelaki lain yang bila malam bersama isteri tapi dia malam lebih suka tidur. Melainkan bila dia bernafsu je dia datang tapi tulah sekadar jadikan aku tempat melepas nafsu.

Dia sejenis suami yang malas berlamaan² dengan isteri, dia cakap dia penat dan tiba² berhabis tenaga dan game over.

Belum pun 10 minit, kalau tahan sikit 30 minit dan paling lama hanya sejam tu pun sebab aku suruh dia tahan dan banyak kali berhenti sebab dia nak tergame over.

Macam tu je cara kalau nak lama, biasakan untuk tahan dan jangan peak orgasm. Tapi suami aku pantang rasa sedap terus dia balum kaw² dan game over. Aku benci dan menyampah. Belum pun pemanasan dan tiba² (rolling eye)

Aku kadang malas mau melayan nafsu dia tapi disebabkan aku tahu aku ni isteri dan itu tanggungjawabku,

Dan aku pun tak nak dia ada k3s cur4ng sebab nafsu tak dipuaskan isteri aku layankan juga. Kalau period pun aku tolong juga, orang kahwin fahamlah tu cara dia camna.

Happy dia. Tapi aku belum sekali dua je itu pun dia cakap penat, habis aku tak penat?? Habis aku masak, cuci baju, jaga anak lepastu stress lagi takda jalan mana² makan angin asyik di rumah masalah itu lagi tapi aku tolong, dia fikir aku tak penat?

Aku cakap jangan pentingkan diri, jangan jadikan aku tempat pelepas nafsu,

Aku hantar video ceramah tanggungjawab suami bab nafkah batin, hukumnya zalim dan berdosa besar tidak menunaikan hak seorang isteri. Dia bila dah puas dia tinggalkan aku lepas tu dia tidur, macam taik.

Setiap hari, minggu bulan dan sudah setahun dia tetap macam tu. Aku sentuasa berharap pada setiap kali bersama dan beri dia peluang tetap dia jadi begitu, macam dah jadi kebiasaan.

Aku cakap jangan mentang² aku ni sabar dan terima kau terus biasa buat macam tu, patutnya kau berusaha, kau tahu hukum, kau patutnya ksiankan aku,

Kalau aku bersungguh beri kau puas walaupun haid sampai skit tangan kenapa kau tidak sungguh².

Banyak lagi aku cakap, aku cakap pergi amalakan senaman tidak perlu keluar rumah even di rumah pun boleh pumping pon boleh tapi memang pemalas.

Ada ilmu² untuk bagi tahan tidak dibaca, hantar video dr youtube nama² Allah yang bagi kuat pun dia tidak tengok. Apa punca dan jenis kategori, dan rawatan pun siap ada tapi tidak pun ditengok.

Ada pdf kawan hantar “permata yang hlang” dia boleh² pergi padam sedangkan banyak jenis amalan, makanan dan adab² dalam tu banyak sangat ilmu tapi dia tak rajin baca pun.

Aku pula yang kena baca dan sampaikan. Balik² runningman dan naruto dia tu. Aku carikan bahan untuk dia tapi mana dia baca.

Kalau baca mesej dia dengan kawan bukan main temberang, konon tahan lama. Menyampah hakikatnya bini je tahu prestasi dia macam mana.

Aku pula sekarang tengah cari ilmu bab ini, memahami karektor psangan bab ni dan aku belum putus asa pun.

Cuma bila benda macam ni berlaku walaupun sudah berbuih mulut dia masih buat, buatkan aku semakin depress dan skit.

Aku nangis sampai kuis²kan kaki aku di tilam dengan anak merengek lagi. Aduh skit dada dan sesak nafas aku. Kadang aku takut je hlang kawalan.

Aku tak kisah jiran dengar, sapa suruh tak ambil pengajaran. Kalau tak nak malu performlah betul² ini baru sentuh² raba tiba² balun sampai game over.

Sial betul. Langsung tak ksian tengok aku nangis, takda rasa tanggungjawab bagi isteri puas dulu. Lepastu mesej minta maaf, cakap teramat cinta dan sayang. Menyampah, konfem dia buat lagi lepas ni.

Akhirnya aku cakap lepas pkp ni habis, aku nak cari kerja dan hidup berdua je dengan anak aku.

Aku stress aku cakap aku nak hidup sendiri, aku dah tak nak kat dia. Aku cakap je sebab aku lepaskan tertekan aku ni. Orang time pkp bestlah duduk rumah, aku entahlah stress.

Sebelum pkp jarang makan angin, jarang jalan² even nak ikut beli barang pun suami tak bagi sebab tambang mahal suami naik moto je.

Aku ingat segala kebaikan dia, dia memang sangat baik hati dan caring dengan aku. Terutamanya bila pregnant dan berpantang dia jaga aku sangat baik.

Tak culas pun bab nafkah zahir dan ikut kemampuan dia. Memang dia terima skit aku dan skit ni memang buat aju jadi pemarah.

Bukan saja² tapi aku stress, dia macam orang lelaki kalau tak dapat boleh jadi marah tak tentu pasal, sama juga macam orang perempuan.

Aku terima duduk rumah tak siap dan tak dibaiki, atap bocor hampir semua basah bila hujan. Aku terima. Aku terima gaji takat camtu tapi cukup je makan.

Kadang balik ada juga suami belikan kek, kfc, time pregnant macam² juga. Aku bersyukur sebab bila ingat kata² dia, dia cakap kalau dia banyak duit memang dia mewahkan aku.

Bagi semua apa aku mau dari A-Z tapi camna dia tak mampu. Aku tak paksa aku faham tapi takkan bab nafkah batin pun macam ni. Aku perlukn itu, itu tanggungjawab utama dia. Entahlah rasa macam akan diketawakan je oleh pembaca iium.

Akhir kata, bagi aku solution nak buat apa pasa suami macam ni. Kalau ada amalan buh kat komen, janganlah gelak nanti kau yang kahwin jadi macam tu atau kena pada family adik beradik perempuan korang. Korang sure ke yang senyum² tu memang bahagia??

Sampai sekarang aku masih skit dada. Suami pujuk tadi belikan aku burger, aku cakap nak coklat dan kami gelak² balik.

Aku cakap aku skit dada, dia tanya apa ubat yang boleh dia beli. Aku tau ubat skit ni bukan boleh beli dekat farmaai dan belum diagnosed clinically(aku lupa ejaan yang betul, sekarang aku pelupa even mengeja pun).

Dia cakap dia yang bersalah dan aku hantar dia sampai pintu salam dan c1um pluk setiap kali dia keluar. Macam tulah lepas setiap kali benda sama berulang dan aku marah akhirnya suami pujuk dan kami berbaik saling memaafkan.

Doakan rumahtangga kami berkekalan, doakan suami aku dapat kerja, doakan semoga covud-19 ni segera berlalu,

Doakan aku cepat sembuh aku nak normal balik macam dulu, aku takut hlang kawalan bila marah dan aku tak tau sampai bila macam ni. Thank you for your attention

BaCA: Malam tadi dengar macam ada orang Menjerit dekat dapur… tapi aku buat derk je pastu tidur. pagi tu kami semua terkejut bila masuk ke dapur