Suara wanita ucap ‘Selamat datang kluster mahkamah’ curi perhatian Muhyiddin dan wartawan.
PIHAK pendakwaan memohon supaya ke mahkamah yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibicarakan bersama.
Ia melibatkan empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes pengubahan wang haram.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika semua kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.
Katanya seperti dilapor Berita Harian, pendakwaan memfailkan permohonan itu semalam dan ia diserahkan kepada peguam bela hari ini.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan pada atau sebelum 30 Jun ini bagi pembelaan menjawab permohonan itu dan turut menetapkan 14 Julai bagi pendakwaan membalasnya.
@utusantvofficial Tiba² ada suara misteri. #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #muhyiddinyassin #klustermahkamah ♬ original sound – UtusanTV
Baca artikel lain: Jabatan Penjara benar keluarga melawat pada 3 dan 4 Jun
Terdahulu, Muhyiddin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadiri prosiding sebutan kes pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 8.41 pagi tadi.
Turut kelihatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
BACA:
Wanita ini bangga ‘showoff’ duit kutu RM763,000 dalam live, sekali LHDN kirim salam
Dah macam dalam drama Korea, gelagat juruterbang Korea di Lima’23 undang reaksi netizen