Suara yang mahu kilang arak ditutup kini sedang mabuk dibuai kuasa

Suara yang mahu kilang arak ditutup kini sedang mabuk dibuai kuasa

Politik kuasa paling berkesan kini diamalkan jauh lebih baik oleh PAS dari AMANAH.

Melihat bagaimana mereka sewajarnya menelan semula ludah yang mereka sembur dulu sambil dibantu oleh orang agama dan para awam yang condong kepada mereka.

Lalu bukanlah maksud saya mahu menulis AMANAH itu parti nyamuk yang ditampar dan mati ketika kekenyangan seperti kata seorang Duta Timur Tengah, tetapi hakikatnya PAS jauh lebih baik menuju kearah politik kuasa yang realistik.

Mana suara yang menjerit supaya kilang arak di Shah Alam itu wajib ditutup? Kini mereka yang melalak itu mabuk dibuai kuasa.

Mana suara mereka yang melonjak membela nasib almarhum Adib anggota Bomba yang disyaki dibunuh? Kini mereka berkawan dengan mereka yang harus bertanggungjawab.

Tapi akhirnya mereka memanggil Abah.

Sebenarnya inilah pandemik yang wajib diisytihar musuh lebih bahaya dari Covid 19. Kita pakai pelitup muka, tapi mereka berlindung dibalik jubah agama dan tengkolok bangsa.

Muhammad Syafiq Azmi

Sumber :