Seperti yang diketahui umum, kerajaan telah mengumumkan bahawa pembelian minyak masak dalam paket hanya boleh dilakukan untuk kegunaan isi rumah.
Ia tidak dibenarkan untuk digunakan bagi tujuan komersial seperti oleh pengusaha restoran.
Namun, masih terdapat peniaga yang berdegil dan mengambil kesempatan daripada inisiatif ini.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan pihak berkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka menyerbu sebuah premis makanan.
Menerusi video di akaun TikTok @kpdnmelaka, pihak berkuasa pada awalnya hanya bertanya kepada seorang pekerj
a yang merupakan warga Rohingya mengenai minyak masak paket yang ditemui dalam premis tersebut.
Namun, hasil siasatan mendapati lebih banyak minyak masak paket telah disorokkan di premis berkenaan. Pekerja tersebut menafikan bahawa kedai itu menggunakan minyak masak tersebut dan dilihat cuba mengalihkan perhatian apabila ditanya tentang pemilik kedai.
Selain itu, kedai tersebut didapati tidak menjaga kebersihan dengan baik, dengan bahan makanan diletakkan di tempat yang tidak sesuai. Pihak berkuasa juga mendakwa telah menjumpai tangkal yang diletakkan di atas tiang kedai tersebut.
Operasi itu turut disertai oleh Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Datuk Ngwe Hee Sem dan Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar.