Sugu Pavithra terkenal masa PKP tiba-tiba menghilangkan diri, terkejut dengan keadaannya sekarang

Oleh GEMILANGDAILY

Sugu Pavithra terkenal masa PKP tiba-tiba menghilangkan diri, terkejut dengan keadaannya sekarang.

Saluran YouTube Sugu Pavithra yang dulunya terkenal dengan video masakan kini menjadi persoalan netizen mengenai keberadaan beliau.

‘Sugu Pavithra’ Terima Anugerah Daripada YouTube, Disambut Meriah Bersama Keluarga

Sugu Pavithra terkenal masa PKP tiba-tiba menghilangkan diri, terkejut dengan keadaannya sekarang

Padam Semua Video Di YouTube, Ini Penjelasan Sebenar Daripada ‘Sugu Pavithra’

Wanita yang berasal dari Ipoh dan terkenal semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), S. Pavithra pernah mengecap status selebriti media sosial sebelum tiba-tiba menghilang.

Melalui saluran YouTube beliau, video terakhir yang dimuat naik olehnya adalah pada satu tahun yang lalu.

Kini persoalan dimanakah beliau menjadi buah mulut netizen yang merindui kandungan-kandungan masakan daripada beliau.

Sebahagian netizen percaya bahawa kejayaan yang dikecapi oleh beliau sebenarnya diganggu oleh suaminya yang sebelum ini terpalit kontroversi selepas ditahan polis.

Sebahagian netizen pula merasakan bahawa Sugu tidak mempunyai perancangan yang jelas selepas mendadak popular secara tiba-tiba.

Sebahagian lagi merasakan bahawa media terlalu memberi tumpuan kepada ceritanya.

Untuk rekod, selepas popular, keluarga ini pernah terpalit dengan kontroversi selepas suaminya M. Sugu didakwa memukul isterinya Pavithra.

Pergaduhan dilaporkan terjadi disebabkan suaminya yang berang kerana namanya tidak disebut semasa Pavithra menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.

Selepas kontroversi tersebut, keluarga kecil ini memilih untuk menjauhkan diri daripada saluran tersebut.

Mereka bertindak memadam semua video dan memilih untuk menjadi keluarga biasa kerana kurang selesa dengan terlalu banyaknya tumpuan yang diberikan kepada mereka.

BACA:

Nelayan jumpa ikan jelmaan ‘dajjal’ bikin satu kampung kecoh kiamat makin dekat

Sejak kahwin, dah 18 tahun kakak tak balik raya, mak luah perasaan sayu