“Tuntutlah ilmu walau ke negara China”Ini adalah bait kata yang sangat masyhur di kalangan kita lebih-lebih lagi apabila kita membicarakan topik menuntut ilmu.
Berbahas soal ini, Sultan Nazrin Shah, yang merupakan Sultan Perak ke-35, telah menarik perhatian ramai
Bukan hanya sebagai seorang pemimpin berjiwa besar tetapi juga sebagai seorang ilmuwan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah kepada hamba-hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas, ayat 77)
Sehubungan itu, kita juga diperintahkan Allah SWT supaya menuntut ilmu untuk dunia dan akhirat. Malah, menuntut ilmu adalah fardu (wajib) ke atas setiap Muslim.
Kecemerlangan akademik baginda menyusuli pengurniaan gelar Doktor Falsafah, iaitu menjadikan sultan pertama yang ada PHD di Malaysia.
Baginda berkelulusan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
Tidak hanya itu, Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari tahun depan, diputerakan pada 27 November 1956.
Baginda dimasyhurkan sebagai Raja Kecil Besar Perak pada 16 Februari 1984 dan sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1987.
Setelah kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28 Mei 2014, Dewan Negara Perak mencapai kata sepakat memilih baginda sebagai Sultan Perak ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan pada 29 Mei 2014.
Baginda memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga Tahun 5 dan menyambung pendidikan rendah serta menengah rendah dari Tahun 6 hingga Tingkatan 2 di Sekolah St John, Kuala Lumpur.
Ketika berusia 13 tahun, baginda berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge.
Baginda kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.
Menurut sumber laporan Berita Harian, baginda ialah Felow Kehormat Worcester College, Universiti Oxford dan juga Magdalene College dan St Edmund’s College, Universiti Cambridge; Ahli Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Felow Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia; Felow Diraja Institut Kajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa Malaysia; Felow Diraja Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) dan Penaung Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.
Baginda dilantik sebagai Canselor Universiti Malaya berkuat kuasa 16 Julai 2014.
Pada 14 Ogos 2014, baginda berkenan menerima peranan sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat dan Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia.
Untuk rekod, baginda diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007 dan dikurniakan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri Raja Nazira Safya pada 2 Ogos 2011.
Sementara itu, Tuanku Zara diputerakan pada 22 Mac 1973 dan adalah anak bongsu daripada empat beradik.
Terdahulu, baginda bersekolah di Sekolah Rendah dan Menengah Kebangsaan Convent Ipoh dan seterusnya mengikuti pengajian peringkat A-Level di Prime College, Kuala Lumpur.
Baginda juga seorang yang aktif dalam pelbagai aktiviti sukan dan pernah mewakili Negeri Perak dalam sukan renang.
Baginda kemudian melanjutkan pengajian di University of Nottingham, United Kingdom dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) Kejuruteraan Kimia.
Sekembalinya dari United Kingdom pada 1995, baginda bertugas di PETRONAS, selama enam tahun sebelum memegang jawatan di Formis Malaysia Berhad, sebuah syarikat teknologi maklumat.
Pada 2005, baginda menjadi Pengarah Urusan di Forthwave Consulting Sdn Bhd, sebuah syarikat perunding hidrokarbon.
Pada 18 Mei 2007, baginda dimasyhurkan dengan gelaran Raja Puan Besar Perak dan pada 20 Jun 2014, dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak.
Sejenis bunga orkid hibrid berwarna ungu dinamakan ‘Dendrobium Tuanku Zara Salim’ sempena keberangkatan lawatan Baginda ke Festival Orkid Antarabangsa ketujuh pada 9 Julai 2007.
Pada 1 Januari 2012, baginda dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Baginda juga adalah Penaung Persatuan Kesihatan Keluarga Perak, Convent Girls Alumni (COGA) dan Pandu Puteri Negeri Perak.
Sebagai seorang raja, Sultan Nazrin Shah terkenal dengan pendekatannya yang progresif dan inklusif terhadap pemerintahan.
Baginda mengamalkan prinsip-prinsip keadilan, kesederhanaan, dan kebijaksanaan dalam menangani isu-isu yang kompleks.
Kombinasi antara warisan tradisi diraja dengan pemikiran moden dan akademik menandakan satu bentuk kebijaksanaan yang mantap dalam pemerintahan baginda.
Sultan Nazrin Shah adalah contoh yang nyata bagaimana seseorang dapat menjadi pemimpin yang berwibawa dan bijaksana, sambil mempunyai kecekapan akademik yang tinggi
BACA: Operasi besar-besar, kedai tomyam pun kena serbu ini puncanya