Sumbangan kepada Frontliners – Awan Nasional

Sumbangan kepada Frontliners – Awan Nasional

HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH – Dalam kemelut pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, AWAN Kedah terpanggil menyampaikan sumbangan hari ini kepada 250 staf HSB yg merupakan frontliners dan petugas di bilik gerakan.

Sumbangan merupakan makanan, makanan kering dan minuman ringan serta shower gel untuk kegunaan staf.

Ketua AWAN Dr. Rohani Abdul Mutalib telah mengetuai sumbangan ini bersama Pn. Maimunah Mohamad, Naib 1 AWAN kedah. Turut menyumbang pada waktu yang sama adalah Persatuan Man Jadda Wajada Kubang Pasu dan Majlis Dakwah Negeri Kedah (MDN).

Penghantaran disambut oleh staf di bilik gerakan HSB.

Moga usaha ini memberi kelegaan kpd staf dan pesakit serta diberkati Allah.

#KitaJagaKita
#StayHome
#WeFightCovid19Together

Sumber :