Surat terbuka buat muhasabah Menteri Agama

Surat terbuka buat muhasabah Menteri Agama

Alhamdulillah semalam mendapat perkhabaran yang menteri Agama Dr Dzulkifly Al bakri telah pun disahkan negatif dari jangkitan Covid-19 dan telah pun sihat.. Di Doakan Menteri Agama akan terus diberikan kesihatan dan boleh kembali bertugas..

Namun sengaja aku simpan teguran ini menantikan kesihatan Menteri Agama.. sehingga hari ini, Biarpun Menteri Agama tempoh rawatannya sebagai medan bermuhasabah, Nampaknya masih lagi tidak mengakui kesilapannya yang dengan sengaja tidak kuarantinkan diri bilamana balik dari sabah sehingga mewujudkan Kluster baru dalam wabak Covid-19.. Menteri Agama memberikan alasan dia akan terus tetap menjalankan amanah..

Sepatutnya Menteri Agama harus rasa malu dengan tindakannya yang telah mencemarkan wajah agama dan mengakui kekhilafan dari tindakannya..Saya mulakan dengan Firman Allah kepada golongan ahli Kitab.. sebagaimana firman Allah..

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُونَ..

“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, Padahal kamu membaca Al kitab ? Maka tidaklah kamu berfikir?”

( Surah Al-Baqarah: ayat 44 )

Antara Inilah Gambaran kelompok Ulama yang digambarkan Ibnu Qayyim dalam kitanya Al Fawaid sebagaimana gambaran dalam firman Allah… Kata Ibnu Qayyim..

فَلَوْ كَانَ مَا دَعُوْا إِلَيْهِ حَقًّا كَانُوْا أَوَّلَ الْمُسْتَجِيْبِيْنَ لَهُ..
فَهُمْ فِي الصُّوْرَةِ أَدِلاَّءُ وَفِي الْحَقِيْقَةِ قُطَّاعُ الطُّرُقِ..

. Ucapan mereka berkata kepada manusia: “Kemarilah! (lakukanlah ini)!” Sedangkan perbuatan mereka (seolah-olah) berkata, “Janganlah engkau dengarkan seruan mereka ini… ”

Begitulah yang berlaku ramai dari kalangan Ulama’, Cakap tak serupa bikin.. atau perbuatan mereka itu tidak seperti apa yang mereka tulis dan karang di dalam Irsyad fatawa mereka..

Ada Sahabat dan Ustaz yang kata, Menteri Agama hanya mendengar dan patuh kepada arahan(SOP) dan nasihat KKM, untuk pengetahuan Menteri Agama, ramai dari pemimpin bukan Islam hatta orang seperti Lim Guan Eng yang tidak faham Quran dan hadis pun jauh lebih mampu berfikir dari Tuan Menteri Agama dan para Penasihatnya..

Tanpa Nasihat KKM pun, Menteri Agama yang Faham Quran dan hadis seharusnya jauh lebih faham dari Lim Guan Eng.. Jika gagal untuk faham, Saya hanya ulangi pesanan sesama Islam mengingatkan Menteri Agama akan pesanan Nabi SAW tatkala Wabak melanda…

2- KESALAHAN PERTAMA : MASUK KE KAWASAN WABAK

Menteri Agama dan gerombolan Ulama dikalangan mereka termasuk dari JAKIM dan YADIM menyatakan alasan.. Kepergian Menteri Agama di waktu PRN Sabah adalah sesuatu yang penting bagi majlis majlis bantuan..

Sedangkan tidak ada keperluan mendesak atas semua majlis Politik itu dihadiri seorang Menteri Agama punbantuan boleh diberikan , melainkan tujuannya memeriahkan PRN Sabah dengan Majlis Majlis bantuan..

Tidak kah Menteri Agama tahu aka larangan masuk ke kawasan yang di landa Wabak ? sebuah hadis yang yang dinyatakan Abd Rahman Bin Auf..Beliau mendengar bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :

إِنَّ عِنْدِي مِنْ هَذَا عِلْمًا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ…

Sesungguhnya aku mempunyai ilmu berkenaan perkara ini. Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda : Apabila kamu mendengar ia (wabak) berlaku di sesuatu tempat maka janganlah kamu pergi kepadanya. Dan apabila ia berlaku di tempat yang kamu berada di dalamnya maka janganlah kamu keluar daripadanya…

Riwayat Muslim

Ketika Rasulullah Mendengar satu kawasan bernama Abyan dilanda Wabak, Nabi ﷺ pernah bersabda…

دَعْهَا عَنْكَ فَإِنَّ مِنَ الْقَرَفِ التَّلَفَ..

Tinggalkan ia (kawasan tersebut). Sesungguhnya perbuatan mendekatkan diri dengan keburukan (wabak dan penyakit) akan membawa kepada kebinasaan…

Riwayat Abu Daud

2- KESALAHAN MENJAGA JARAK SOSIAL DAN KUARANTIN DIRI

Kedegilan Menteri Agama atas Nasihat KKM bukan lah perkara baru.. Sejak PKP kali pertama dilaksanakan, tanpa rasa malu, Menteri Agama lakukan perjumpaan dan Pertemuan dengan rakan Ahli Hadis beliau..

Apakah Menteri Agama tidak membaca atsar dan riwayat Sahabah tentang larangan perkumpulan pada waktu dan ketika Wabak ? sebagaimana saranan ‘Amr bin al’Ash RA yang menggantikan tempat Abu ‘Ubaidah dan Muaz bin Jabal RA yang terkorban kerana wabak thaun amawas,

Biarpun ada Hadis yang membenarkan kita masuk dan melintasi kawasan wabak atas keperluan dan tugas tugas tertentu..Sudah pasti ia bukannya menyentuh soal melibatkan projek Hadis… Apa perlu Projek hadis, jika tuan kepada projek itu sendiri pun tak faham hadis Nabi ﷺ..

Saranan Amr bin A’ash sebagaimana nasihat dan surat yg diutuskan Khalifah Umar kepada Abu Ubdaidah Al Jarrah..’Amr bin al’ Ash berkhutbah kepada rakyat syam di zaman pemerintahannya dengan berkata :

أيها الناس، إن هذا الوجع إذا وقع فإنما يشتعل اشتعال النار فتجبلوا منه في الجبال…

“Wahai sekalian manusia.., sesungguhnya wabak ini bila ianya berlaku, ia(wabak) itu merebak seperti merebaknya bagai api yang marak, maka pergilah ke gunung-gunung ( kuarantin dan menjarakkan diri dari perkumpulan )”

( Musnad Imam Ahmad )

3- BERCAMPUR DAN DEDAHKAN MASYARAKAT KEPADA BAHAYA WABAK…

Menteri Agama yang sepatutnya menjadi contoh kepada Masyarakat, Tetapi gagal berbuat demikian.. Tanpa rasa bersalah..Setelah balik dari Sabah tidak kurang 5 Negeri dikunjungi, Berpuluh Program dihadiri..

Tidak kah Menteri Agama sedar dengan tindakan beliau telah mendedahkan Ummat Islam orang awam kepada Bahaya ? Lebih Malang ada melibatkan program tahnik kepada bayi..

Bukan setakat bahaya Kesihatan, Hatta ada Perniagaan dan Kedai makan terpaksa ditutup aats kedegilan menteri Agama kuarantin kan diri.. Bukan mereka ini bukan saja terdedah ekpada penyakit, tetapi kehilangan pendapatan..dimana Sifat Amanah seorang Meteri Agama ?

Tidak kah Menteri Agama sedar, Tanpa peringatan dari KKM pun, Seorang yang faham Quran dan Hadis harus mengawal tindak tanduknya sendiri.. Semua maklum tempoh Ikubasi virus dan wabak dalam badan manusia adalah 14 hari.. malangnya ianya gagal dipatuhi Menteri Agama.. Lupakan Akan pesan Nabi akan sifat sakit berjangkit ini ?

لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ.

“Janganlah pemilik unta yang sakit membawakannya kepada unta yang sihat.”

( Riwayat Bukhari dan Muslim)

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ…

Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.

Surah Al-Baqarah (195)

4- KAEDAH FIQH ” LA DHARA WALA DHIRAR ” ( لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ )

Jika perbahasan kita melibatkan maslahat awam, apalagi menyentuh soal wabak yang mengamcam Nyawa.. dalam menjaga Maqasid , Menjaga Dharuriyyat Al Khams.. ataupun (hifz al-nafs) iaitu menjaga nyawa.. kaedah ini diguna pakai..

Dalam kaedah Fiqh.. ada satu kaedah iaitu yang diambil dari hadis Nabi ﷺ..

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ..

“tidak boleh memberikan Mudharat dengan Sengaja, Atau tanpa disengajakan.. “..

( riwayat Ibnu Majah )

Dalam Syarah Al Arbai’n Imam nawawi…Sheikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah Membahaskan hadis ini dengan maksud…..

مَتَى ثَبَتَ الضَّرَرُ وَجَبَ رَفْعُهُ وَمَتَى ثَبَتَ الإِضْرَارُ وَجَبَ رَفْعُهُ مَعَ عُقُوْبَةِ قَاصِدِ الإِضْرَارِ….

” Jika adanya kemudharatan ( dharar) bila pun ia.. Ianya Wajib dihilangkan… Bila Juga adanya Dihrar(Bahaya yang disengajakan) wajib juga dihilangkan dan disertai dengan adanya hukuman kerana Mudharat telah diberikan secara sengaja.. ”

Jadi jelas dalam maksud diatas, Sebahagian Ulama membahaskan, Bahawa Kemudharatan itu dilarang samada atas diri sendiri atau meletakkan Kemudharatan keatas orang lain.. jika seseorang itu jelas sengaja memudaratkan orang lain..Ianya wajib dihukum..

5 – BERMUHASABAH DAN BERTAUBAT LAH WAHAI MENTERI..

Sepatutnya sebagai orang Alim dan Berilmu.. Menteri Agama kena jelas, Tindakannya menghadiri program melibatkan orang awam, Kanak kanak tanpa kuarantinkan diri telah mendedahkan dan membahayakan nyawa orang lain.. Sedangkan ramai pemimpin bukan Islam yang tidak memahami hadis Nabi diatas dapat mendisiplinkan diri melakukan kuarantin kendiri…

Difahamkan samaada benar atau tidak ,dari Kluster Bah Kasturi saja telah menyebabkan 20 Jangkitan Postif dan semalam saja ada satu pertambahan dari Kluster ini..Maknanya setiap hari ada saja pertambahan kes dari Kluster ini… Inilah hasil perbuatan dan tindakan yang tidak amanah…

Tidak kah Menteri Agama itu rasa bersalah atas tindakannya ? Mungkin ini ketentuan dan jawapan terbaik yang datang dari peringatan Allah yang mana tindakan nya sebelum ini tidak disedari mantan Mufti itu sendiri…..
Ada kala orang yang tidak. Alim seperti Tg razalie jauh lebih memahami antara baik dan buruk akan satu perbuatan..

الْأَيْدِي الْمُتَرَتِّبَةُ عَلَى يَدِ الْغَاصِبِ كُلِّهَا أَيْدِيْ ضَمَانٍ..

“Tangan-tangan yang muncul di atas tangan perampas semuanya adalah tangan tanggungan(Dosa Dosa)..”

Semoga Bermuhasabah..

Akhukum Fillah..

Ipohmali

Tazkirah Jumaat

16 Oktober 2020

Sumber :

BERMUHASABAHLAH WAHAI MENTERI AGAMA..Alhamdulillah semalam mendapat perkhabaran yang menteri Agama Dr Dzulkifly Al…

Posted by Ahmad Muslim Badawi Badawi on Thursday, October 15, 2020

 

COMMENTS