“Susu pun aku bagi yang mahal punya, kalau harap mak bapak kandung dia jaga, tak mampu nak bagi susu mahal dan baju mahal macam ni”

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Suami aku merupakan anak lelaki tunggal dalam family dia, adik beradik dia yang lain semua perempuan

Bila aku putvskan untuk berkahwin dengan suami aku, bermakna aku autom4tik akan menjadi satu – satunya menantu perempuan dalam family dia.

Dalam family semua aku, hampir semua ahli keluarga dia berpelajaran tinggi, berpendapatan tinggi, dan berjawatan kecuali suami aku.

"Susu pun aku bagi yang mahal punya, kalau harap mak bapak kandung dia jaga, tak mampu nak bagi susu mahal dan baju mahal macam ni"

Suami aku ni jenis tak rapat even dengan family sendiri sejak dulu lagi. Bagi dia, dia dah terbiasa menyendiri.

Bapak dia lebihkan anak perempuan berbanding anak lelaki lagi – lagi bila dia tu anak satu – satunya lelaki, dia memang diajar untuk berdikari. Tapi lain pulak dengan cerita pasal mak dia a.k.a mak mertua aku. Mak mertua aku seorang ibu bekerjaya dan berpendidikan, dia berdisplin, berdikari, tegas dan dia adalah contoh ibu terpaling A+++.

Dia tak bagi apa yang anak dia hendakkan, tapi dia bagi apa yang anak dia perIukan. Anak – anak dia sangat respect kat dia and bila diorang semua berumah tangga, macam – macam tips and nasihat mereka cuba dapatkan dari mak mertua aku ni termasuklah about parentings.

Mak mertua aku ni by the way jenis yang suka bagi nasihat, bukan jenis yang suka control hidup anak – anak dia dan pendengar yang baik. Bila aku masuk dalam family mereka, aku hormat masing – masing macam family aku terutama mak mertua aku.

Aku harap dia boleh layan aku macam anak – anak dia tapi… Aku silap. Tahun pertama aku bergelar isteri, masa tu Allah berikan aku dengan suami rezeki zuriat awal, jadi masa tu aku hamil. Hamil yang orang tua kata “bunting pelamin”.

Jadinya majlis kahwin kami hanya dibuat untuk pihak perempuan sahaja sebabkan dah pregnant sebelum majlis persandingan belah lelaki yang dijangka akan dilangsungkan beberapa bulan selepas pihak perempuan. Nak buat macam manakan rezeki?

So majlis sanding pihak lelaki tu cancel. Masa dapat tahu aku pregnant tu, mak mertua aku lah satu – satunya manusia yang terpaling happy. So aku tak expect yang dia kemudian hari dia akan buat aku jadi “tr4uma” dan cuba mengelak dari berjumpa dia macam sekarang ni.

Bila anak aku lahir tu, benda pertama aku buat is letak jawatan. Why? Sebab aku rasa dah tiba masanya aku letakkan ego aku as seorang ibu. Ya, aku sayang kerja dan jawatan yang aku ada. Dan aku akui bukan senang nak dapat jawatan tu. Tapi.. Aku lagi sayang mentaI health aku dan anak aku.

Sekarang masalah aku is mentaI health since kerja sebagai engineer ni tak mudah, ada masa kena pergi site even bukan waktu kerja sebab nak settlekan issue. Kalau nanti aku terus bekerja, mesti aku tak ada masa untuk anak and husband or mak bapak aku yang kat kampung.

Keputvsan aku dikuatkan lagi dengan isu pengasuh, aku tak nak sebabkan aku pentingkan kerja, nyawa anak aku di hujung tanduk. Bila mak mertua aku dapat tahu aku letak jawatan, dia terus call and whatsapp aku. Dia tawarkan diri untuk jaga anak aku yang baru lahir dengan syarat dia tak nak aku letak jawatan.

If aku dah letak jawatan pun, dia nak aku cari kerja lain secepat mungkin. Soal anak aku pulak, dia akan jaga anak aku kat kampung. Aku ada bagi tahu dia yang aku tak boleh nak terima tawaran dia, tapi aku tolak lah dengan cara baik atas alasan aku sendiri.

Aku sayang anak aku, lagi – lagi ni anak sulung. Aku tak banyak ilmu parenting tapi aku tahu bahawa sem4kin dekat anak tu dengan ibunya, m4kin bertambahlah naluri seorang ibu dan ilmu sebagai ibu bapa. Aku pun nak make sure anak aku dapat menyusu badan sampai umur 2 tahun.

Aku akui yang masa aku lepas bersalinkan anak first, aku alami posp4rtum depr3ssion, tapi tak lah teruk sangat. Still boleh kawal. Aku tak bagi tahu sesiapa pun even suami. Tapi.. Satu hari tu, suami ajak aku bincang tentang anak. Aku pun okay lah, turutkan jer.

Kemudian dia cakap pasal postp4rtum depr3ssion yang aku alami tapi guna term yang a bit buat aku terasa “giIa mer0yan”. Dia cakaplah bah4yanya fasa ni untuk ibu lepas bersalin, dia takut anak akan jadi m4ngsa. Jadi, untuk elakkan semua benda tak diingini dari berlaku, dia nasihatkan aku untuk bagi mak mertua aku tu jaga baby tu.

Aku mula – mula tu rasa macam aku ni perempuan bertuah sebab ada suami yang faham keadaan aku, tapi tu sekejap jer lah sebelum dia sambung ayat dia. Dia bagi tahu aku yang mak mertua aku tu cakap kat dia aku ada call atau whatsapp mak mertua aku tu tak berhenti siap nangis – nangis mintak tolong jaga anak sebab aku tegah tak tenteram, giIa mer0yan kot bukan benda main – main.

Aku terus nafikan benda tu sebab betul lah, mana ada aku call atau whatsapp mak mertua aku p4ksa – p4ksa dia jaga anak aku. Pasal postp4rtum depr3ssion pun aku pendam sorang – sorang. Hmm… Bila aku nafikan benda tu, auto suami aku terus melenting.

Dia ingat aku nak cakap yang mak dia tu menipu walaupun hakik4tnya ya. Dan seminggu jugaklah suami aku tu tak bertegur dengan aku. Seminggu lepas tu, aku alami demam yang panas sampaikan aku tak larat nak buat apa, tapi aku gigihkan diri untuk bagi anak susu, and tukarkan pampers dia. Bab mandikan tu aku tak sempat.

Tiba – tiba suami aku balik dia terus naik angin. Yelah, anak tak mandi padahal dah malam kot. Aku cakap lah aku demam apa semua and aku mintak tolong dia mandikan. Yaaa… Dia mandikan anak kami, tapi dia bising – bising lah.

Semua kata – kata dia terlalu berat aku terima seperti, “Kalau tak larat nak jaga anak tu, hantar jer lah kat mak. Sekurangnya awak tu terjaga, anak tu pun terjaga. Ni tak, degil. Ingat badan tu dah sihat sangat lah tu. Last – last jadi lah macam ni. Awak ke mana, anak ke mana”.

Aku hanya mampu diam dan tahan air mata masa tu. Keesokan harinya, bila aku tersedar dari tidur, aku tengok anak dah tak ada kat sisi aku. Aku ingat suami aku tolong mandikan anak yelah masa tu aku bangun agak lewat.

Aku nampak suami aku tengah bersiap nak pergi kerja dan anak tak ada pun dengan dia. Aku tanyalah, “Abang, anak kita mana?”. Dan dengan muka yang tak ada perasaan tu dia cakap, “Oh, malam tadi mak ayah datang. Abang ada try k3jutkan awak, tapi mak kata tak payah k3jutkan awak since awak pun demam kan. So diorang pun bawaklah anak balik kampung. Diorang bukan apa, kesian tengok awak macam tu”.

Maka berder4ilah air mata yang aku tahan selama ni. Aku bangun – bangun anak dah tak ada kat sisi. Kalau kampung tu dekat macam kat sebeIah rumah aku tak kisah, ni aku duduk Johor, kampung tu kat Kelantan. Macam mana aku nak drive dengan keadaan macam ni semata – mata nak bagi anak susu badan.

Tiba-tiba suami aku boleh tambah lagi ayat, “Pasal susu anak tu awak jangan risau, nanti mak carikan susu formula apa yang sesuai dengan dia”. Aku nak anak aku susu badan! Dia anak aku! Dia berhak dapat benda tu! Kenapa pisahkan aku dengan anak?!

Dan beberapa bulan lepas tu aku masih tak bertegur dengan suami aku. Suami adalah pujuk, dia suruh aku video call mak mertua aku untuk tengok anak tak pun dia sanggup hantar aku balik kampung untuk jumpa anak.

Dia tak tahu, sebelum dia cakap macam tu aku dah try call mak mertua aku berkali – kali semata – mata nak tengok anak. Whatsapp tanya khabar anak pun dah aku buat, tapi yang aku dapat hanya harapan dan hati yang h4ncur. Mesej aku dia bluetick jer. Video call aku dia reject.

Tapi aku tak cakap benda tu kat suami since aku tahu nanti akan ada persalahfahaman macam sebelum ni. Dan adalah sekali seminggu tu mak mertua aku akan video call suami, dia bagi suami aku tengok keadaan anak. Bila aku join video call tu, auto riak muka dia terus berubah.

Kadang – kadang dia call jer suami aku, dia nasihatkan suami aku suruh aku tu call dia tanya pasal anak. Dia siap cakap, “isteri kau tu mak tak faham lah. Kata sayang anak, tak ada pun nak whatsapp or call mak. Dia sibuk ke? Tapi diakan dah letak jawatan, bukan ada benda lain pun dia nak rushing – rushing”. Ann0ying kan?

Kalau aku ada kekuatan untuk buktikkan yang berapa banyak whatsapp aku tentang anak yang dia bluetick, and berapa banyak video call aku yang dia reject, mesti dia maIukan? Benda tu berlaku sampai lah anak aku masuk usia 7 bulan.

Sepanjang 7 bulan tu, aku adalah balik kampung sebabkan events keluarga. Aku ni bukan jenis mak yang tak kisah pasal anak okay, mainan dia, barang keperluan dia, semua aku beli by duit simpanan aku. Cuma aku tak ada kesempatan nak bagiIah sebab setiap kali aku try nak bagi, mesti mak mertua aku akan cakap yang aku ni beli benda yang sebenarnya anak aku tak perIukan.

Pluss macam – macam lagiIah ayat dia untuk reject barang yang aku beli tu dari terus sampai ke anak aku even masa tu aku dah bertentang dua mata dengan dia sekalipun. Adik beradik suami aku setiap kali events keluarga, mesti diorang akan jeling – jeling aku macam aku ni buat jen4yah.

Lepas tu perli – perli aku about anak aku. Aku tak tahu apa yang diorang tahu about aku, tapi aku yakin semua tu datang dari mulut mak mertua aku. Sebelum ni layanan adik beradik suami okay jer kat aku, tapi semua berubah sejak anak aku mak mertua aku jaga.

Last – last aku cakap dekat mak mertua aku depan suami and depan adik beradik yang lain, “Mak, saya datang ni bukan semata events keluarga jer tau. Saya nak ambik anak saya, nak bawak dia tinggal dengan saya. Lagi pun ibu ayah saya selalu tanya pasal anak. Anak ni kan cucu diorang jugak”. Dan aku nampak muka dia yang dari tadi tersenyum tu terus berubah. – Faridah (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Thanks admin sebab sudi kongsikan cerita saya. Cerita ni saya kongsikan untuk pengajaran para menantu perempuan untuk janganlah kejar keredhaan mak mertua and harap mak mertua tu terima kita bulat – bulat macam anak sendiri sampaikan kita sanggup diperlekehkan dan hak kita diambil.

Sebenarnya tak berniat nak buka aib mana – mana pihak. Mesti ada yang tanya, kenapa makan masa yang lama untuk take action? Kenapa tak terus ambik anak tu? Tak sayang anak ke? Jadi yah… 7 bulan tu masa yang agak panjang, lagi bila tiada anak di sisi. Bengk4k susu tu jangan cakaplah, demam pun on off.

Ulang alik hospitaI tu normal lah bukan sebab postp4rtum depr3ssion jer, tapi semua masalah mentaI health masa tu memang mencanak – canak naik. Hb selalu drop, dan macam – macam. Sepanjang 7 bulan tu jugak lah suami tak boleh nak fokus dengan kerja dia sebab dia takut aku drive sorang – sorang.

Dia yang drive untuk hantar aku ke hospitaI or kIinik, sampaikan dia kena w4rning dengan pihak atasan company tempat dia bekerja. Aku ingat lepas mak mertua aku ambik anak aku tu dia akan rasa puas. Puaslah bila apa yang dia nak dia dapat. Rupanya tak..

7 bulan tu, ada jer masa aku laki bini balik kampung, kadang – kadang sebab majlis family suami, and kadang – kadang tu sebab aku p4ksa suami untuk balik sebab nak jenguk anak. Setiap kali balik tu lah aku terdetik nak bawak anak aku balik ke rumah kami.

Mana ada mak tak sayang anak, tambah – tambah lagi anak jauh… Setiap kali balik tu aku adalah slow talk bersemuka dengan mak mertua secara personal untuk sampaikan niat aku nak bawak anak aku balik. Tapi setiap kali tu, dia mesti perlekehkan aku dan suami.

Dia jadi macam tu depan aku jer, bila ada suami tak pula dia cakap macam tu. Kadang – kadang pelik dengan layanan dia, tapi nak buat macam mana. Kenalah hadap dah kau sendiri yang pilih untuk kahwin dengan anak dia.

Aku ingat lagi masa tu baru 2 bulan cam tu anak aku kat rumah mak mertua. Masa tu aku dalam pantang lagi sebab aku ikut pantang 100 hari. Lepas tu aku rasa s4kit yang amat sebab dah lama gak tak susukan anak, then aku try lah pujuk husband untuk balik kampung.

Aku nak bagi anak aku minum susu badan. Lepas pujuk punya pujuk, laki aku pun setuju. Masa dah balik kampung tu, aku tengok mak mertua aku ni sambut kami macam happy sangat. Happy lah kot sebab suami aku ni dulu sebelum kahwin memang jarang balik, dia suka buat haluan sendiri.

Bila mak mertua aku jaga anak aku, maka kerap lah kami laki bini balik. Mungkin lah.. Then, ada satu malam tu, aku mintak izin kat mak mertua aku untuk bawak bayi aku tido sekali sebab aku ingat aku nak susukan anak aku. Aku punya berharaplah dia akan bagi.

You know what? Dia tak bagi pun siap perli aku “Aku bagi anak kau ni minum susu mahal yang confirm – confirm baik untuk badan dia. Kau simpan jer lah susu kau tu. Kang benda tak baik jadi kat cucu aku. Bukan kau nak tanggung”.

Dan yaa, aku terasa tapi aku cuba kuatkan diri jangan menangis depan dia. Aku ingat tu lah first aku kena downgradekan. Rupanya tak, setiap kali aku bersemuka dengan mak mertua aku, mesti ada jer benda dia nak perlekehkan aku.

Ada satu ayat dia buat aku jadi betul – betul tertekan. “Kau tu dah lah tak kerja, makan minum pun anak aku tanggung. Pakailah baju tu elok sikit kalau dah tahu nak pergi events family aku, ni tak selekeh. Pastu ada hati nak jaga cucu aku.

Cucu aku tu pun kalau dia tahu mak dia orang macam kau, dia mesti malu tujuh keturun”. Dan aku akui, dalam 7 bulan tu aku ada apply macam – macam position, tapi mungkin belum ada rezeki. Ada yang kena datang interview, tapi bila diorang tahu sebab aku berhenti adalah disebabkan anak, diorang jadi ragu – ragu nak ambik aku.

7 bulan tu jugak bukan takat postp4rtum depr3ssion yang aku alami, aku rasa aku macam dah tak layak hidup. Nak luah kat husband, erm… Aku takut aku penyebab dia dan mak mertua aku bermasam muka. Aku tengok husband aku sekarang ni m4kin rapat dengan mak mertua aku tak macam dulu.

Kadang – kadang adalah husband cerita kat aku bab anak atau send video anak aku yang mak mertua aku send kat dia. Aku pun tumpang happy tapi happy aku hanya palsu. Aku nak anak aku! Setiap kali events family kan, benda yang paling aku cuba elakkan is bersemuka dengan mak mertua aku. Aku takut aku tak kuat.

Kadang – kadang tu aku rasa aku ni orang asing, yang duduk curi – curi tengok anak semdiri didukung oleh mak mertua yang dah rasa macam mak kepada anak aku. Setiap kali events family atau apa – apalah kan, bila orang tanya about anak aku kat mak mertua like “mana mak dia?”, mak mertua aku just jeling kat aku macam menyampah tu.

Then bila orang yang sama tanya aku “Nama anak siapa? Berapa bulan dah? Sihat ye badan, nampak gebu jer”. Belum sempat aku nak jawab, mak mertua aku mesti menyibuk. “Nama dia Alisya (bukan nama sebenar), umur baru nak masuk 5 bulan. Sihat dan menggebu lah sebab nenek dia jaga.

Susu pun bagi yang mahal punya. Hmm… Kalau harapkan mak bapak dia jaga, tak mampu nak bagi susu mahal, baju mahal macam ni”. Ye, aku koyak lagi. Sejak dari tu, aku cuba nak bagi barang – barang yang aku beli untuk anak aku.

Aku beli bukan harap duit gaji suami, aku beli pakai duit simpanan masa aku kerja walaupun tak banyak mana. Tapi setiap kali aku nak bagi barang tu, mak mertua aku ni akan perlekehkan kualiti barang and macam – macam.

Ya, aku tahu dia kaya, dia mampu nak bagi anak aku barang – barang mahal, tapi aku ni mak dia. Kau dah lah ambik anak aku, perlekehkan aku, atleast ambik lah barang yang aku beli untuk anak aku. Tak kan kau nak buat aku ni nampak macam mak tak bertanggungjawab langsung?

Kau dah lah burukkkan aku. Aku tak tahu macam mana aku nak bertahan dah. Aku ingat lagi one of ayat dia, “Kau beli semua ni membazir tahu tak. Anak aku tu dah lah pening, asyik tak cukup duit nak tanggung kau sorang. Pastu kau membazir macam ni”.

Ye… Kadang – kadang aku tertanyalah, suami aku ada ke luahkan apa – apa masalah dia kat mak mertua aku? Kenapa dia tak ada pun cakap apa – apa kat aku? Betul ke sebab aku? 7 bulan tu dah cukup buat aku rasa aku ni ibu tak guna.

Kadang – kadang aku rasa nak bvnvh diri jer kalau hidup ni rasa macam pembawa siaI dalam hidup orang lain. Dan ya, satu hari tu akhirnya aku luahkan semua kat suami dan dia betul – betul terk3jut. Mulanya dia nak marah sebab orang yang aku kata tu mak dia, tapi bila aku tunjukkan segala bukti chat apa semua, baru dia tahu mak dia macam mana.

Masa aku tuntut anak aku kat events family tu, itulah last hubungan kami laki bini anak beranak dengan mak mertua okay sikit lah. Lepas aku tuntut anak aku depan ramai orang dalam events tu, mak mertua aku terus jadi dingin dengan aku laki bini.

Setiap kali mak mertua aku datang ke Johor sebab nak jumpa anak – anak dia yang lain which is duduk dekat area berhampiran rumah kami laki bini, dia tak pernah pun nak singgah. Alasan dia sebab rumah kami ni flat and kotor.

Dulu… Masa aku bekerja, kami duduk rumah banglo. Dia selalu gak lah datang. Bila aku berhenti kerja, suami terp4ksa ambik keputvsan pindah rumah atas alasan nak cut perbelanjaan lagi – lagi bila dah ada anak ni. Kadang – kadang kesian tengok suami, macam di anak tirikan.

Suami aku pun lepas tahu semua yang aku sembunyi kan apa semua, dia selalu cuba support aku supaya tak mudah di downgradekan lagi dari mak dia. Kadang – kadang bila mak dia cakap buruk pasal aku, dia yang backup aku.

Aku tahu aku menantu yang tak sempurna. Tapi janganlah sebab kau benci aku, kau siksa aku macam aku tak ada hati. Lepas kejadian tu aku belajar untuk jadi seorang yang tegas. Kalau dulu semua aku jaga sebab takut, takut tindakkan aku tu menyinggung semua perasaan.

Oh ya, sepanjang 7 bulan yang anak tak ada di sisi, mak bapak aku dan adik beradik aku dari Selangor adalah datang. Niat diorang nak tengok anak, tapi bila sampai anak aku tak ada. Banyak kali diorang tanya pasal anak.

Dan benda ni aku pernah cakap kat mak mertua aku masa aku cuba slow talk nak ambik anak, tapi dia cakap, “Alah mak ayah kau pun satu, tanya pasal cucu tapi diorang bukan boleh bagi apa pun. Diorang tu orang susah, bukan aku nak mengata apa lah.

Tapi aku tak nak kalau diorang bawak cucu aku ke rumah mak diorang yang berlantai simen tu nanti cucu aku s4kit. Cucu aku, aku tahulah dia macam mana. Mana lah boleh kotor – kotor”. Dan start tu memang aku cuba cari macam – macam cara nak tuntut anak aku.

Dia bukan rendahkan aku lagi, tapi dia pertikaikan mak ayah aku. Aku tak bagi tahu kat mak ayah aku pasal tu, tapi mak ayah aku lah antara asbab aku tekad nak tuntut anak aku. Dan sekarang kalau korang tanya macam mana keadaan aku.

Aku sekarang ni dah dapat tawaran kerja yang flexi, aku boleh buat kerja di rumah sambil jaga anak. Even kadang – kadang kerja tu banyak, aku still boleh handle.

Anak ni penguat hubungan suami dan isteri, anak ni pintu rezeki, dan aku tetap akan jadi aku tanpa perlu minta keredhaan dari orang lain termasuk mak mertua aku untuk jadi diri aku.

Dia nak terima or tak terima aku, itu terpulang dia. Aku ada hak aku yang patut aku jaga. – Faridah (Bukan nama sebenar)

BACA: “Mak obses dengan kamera, dia suka bergambar dan pernah sekali ayah tertinggal kamera dalam kereta, rupanya mak aku buat perangai”