Walaupun sudah berkahwin, jalinan persahabatan golongan wanita ini majoritinya memang masih utuh seperti biasa.
Hatta sibuk sekalipun, masing-masing tetap akan mencari masa untuk mendengar luahan perasaan jika ada masalah.
Malangnya bagi seorang individu ini, ihsan yang ditunjukkan kepada sahabat rapatnya malah dibalas dengan pengkhianatan.
Kawan saya tu adalah bakal tunang kepada abang saudara saya
Daripada luahan yang dikongsikan Puan Erin bersama pihak Suria FM, dia tidak kisah membawa rakannya itu untuk datang ke rumahnya setiap kali ada masalah.
Sudah pasti sebagai sahabat, niatnya cuma mahu menenangkan dan cuba membantu apa yang terdaya.
Namun lama kelamaan, dia seakan perasan si polan ini semakin kerap datang ke sana setiap kali bertengkar mengenai isu percintaan dengan teman lelakinya.
Tuhan tu nak tunjuk sekejap je…Terjaga jam 2 pagi, suami takde kat sebelah
Pada satu malam, rakannya sekali lagi tumpang tidur di rumah mereka. Puan Erin tiba-tiba terjaga pada lewat malam merasa pelik kerana suaminya tiada dalam bilik tidur.
Apabila cuba dicari, hatinya sebagai isteri retak seribu setelah melihat lelaki itu dan kawannya sedang duduk berdua di luar dengan penuh mesra sambil meluahkan perasaan.
Mereka tak kahwin…Bekas suami kahwin dengan perempuan lain, cerai…Kahwin lagi, cerai
Dalam kejadian berikutnya, seorang sahabat lain memberitahu Puan Erin suaminya dilihat sedang keluar dengan perempuan.
Setelah dihubungi, lelaki itu berkata motosikalnya sedang rosak namun terus menolak saat isterinya mahu memberikan bantuan.
Rupanya mereka berdua sedang bergembira keluar dating di sebuah pusat membeli-belah.
Satu persatu terjadi, akhirnya wanita ini nekad bercerai demi mencari kebahagiaan sendiri.
Kini dia bersyukur kerana selepas beberapa tahun, Allah menggantikan lelaki tersebut dengan seorang suami baru yang cukup baik dan pandai menghargai