Syafiq Kyle bagi Vellfire kepada keluarga, “mesti ambil duit 1 sen dari bank ni..” – netizen. “Saya tak nak komen tentang beli Vellfire untuk keluarga itu sebab dah lama. 4 bulan lepas.”
Itu komen pelakon Syafiq Kyle atau nama sebenarnya, Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak tentang sebuah video tular dalam TikTok dirinya menghadiahkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire buat orang tuanya.
Kata Syafiq, 30, kalau melakukan sesuatu kebaikan adalah lebih baik perkara tersebut tidak digembar-gemburkan kepada umum.
“Yang tularkan video itu pemilik akaun itu, bukan saya. Cuma minta doakan rezeki sentiasa murah untuk bahagiakan orang tua saya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Sementara itu, ditanya tentang azam 2023, Syafiq yang bakal muncul dengan filem Polis EVO 3 pertengahan tahun nanti berkata, dia ingin menamatkan zaman bujang dan terus membahagiakan orang sekeliling.
“Pertama, saya nak kahwin. Dengan berkahwin, itu akan membahagiakan orang tua saya. Insya-Allah tolong doakan jodoh saya segera berakhir di jenjang pelamin.
“Kedua, mohon segala urusan dipermudahkan agar rezeki sentiasa datang bertalu-talu. Saya nak bawa orang tua saya pergi melancong negara yang mereka tak pernah pergi.
“Saya nak tunaikan umrah dengan mereka sebab belum diberi kesempatan dan rezeki lagi. Pergi ke sana nanti, saya nak doa sungguh-sungguh agar diberikan jodoh dengan segera bersama wanita yang sanggup terima saya seadanya,” ujarnya.
Terdahulu, tular video memaparkan Syafiq membeli sebuah kereta mewah jenama Toyota Vellfire untuk dihadiahkan kepada keluarganya menjadi perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh penjual kereta tersebut, aktor itu dilihat sedang melakukan urusan jual beli kenderaan berkenaan.
“Terbaik Syafiq Kyle, hadiah Vellfire untuk keluarga. Terima kasih sokong Vellfire Golden Eyes (nama syarikat),” tulis penjual tersebut.
September lalu, Kosmo! melaporkan Syafiq dan kekasihnya, Mimi Lana ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga namun perincian lanjut akan diumumkann dari semasa ke semasa.
Untuk info, pasangan popular tersebut mula berkongsi tentang hubungan istimewa mereka sekitar tahun 2019.
Bagaimanapun, sekitar Mei 2020, hubungan mereka dikatakan putus sebelum kembali terjalin beberapa bulan kemudian.
BACA JUGA :
Catat sejarah, ini gadis transgender pertama kena hukuman mati
Kru airport maut kena sedut dengan enjin kapal terbang
Jawatan kosong di bangunan sama dengan PM-10, mohon sekarang