Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sah bercerai dengan talak satu

Oleh GEMILANGDAILY

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sah bercerai dengan talak satu

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah Liyana, 38, akhirnya bercerai dengan talak satu,

kira-kira jam 12.23 tengah hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sah bercerai dengan talak satu

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Akmalluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Terdahulu, sebelum melafazkan cerai, Syamsul dan Puteri Sarah dilihat bersalaman dan masing-masing kelihatan tenang.

Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah, di sini, dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah berdamai dalam kemelut rumah tangga yang dihadapi sejak empat tahun lalu.

Ini kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan kewujudan pihak ketiga.

Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd. Rais.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

BACA:

Nasib tiada yang lalu, lebuhraya tiba-tiba runtuh rupanya ini kerja abang lori