Syiling lama dijual RM69.6 juta ini kisah di sebaliknya

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Koleksi duit syiling Denmark yang diarahkan untuk tidak dijual selama satu abad akhirnya dilelong baru-baru ini.

Selepas sesi lelongan selama lapan jam di ibu kota Denmark, 286 syiling tersebut dijual pada harga 14.8 juta euro (RM69.6 juta), lapor agensi berita Ritzau.

Michael Fornitz, pengarah rumah lelongan Stack’s Bowers cawangan Denmark,

memaklumkan bahawa jumlah akhir tersebut melebihi anggaran awal sebanyak 25 peratus.

Lelongan ini merupakan kumpulan pertama daripada kira-kira 20,000 syiling dalam koleksi Bruun yang dijual.

Syiling lama dijual RM69.6 juta ini kisah di sebaliknya

Pada tahun 1922, Lars Emil Bruun, seorang usahawan dan pakar duit syiling Denmark, telah membeli koleksi itu daripada keluarga bangsawan Bille-Brahe.

Bruun meninggal dunia setahun kemudian dan telah menetapkan dalam wasiatnya agar koleksi itu tidak dijual selama 100 tahun selepas kematiannya.

“Kisahnya ialah Bruun, selepas menyaksikan kemusnahan akibat Perang Dunia Pertama, sangat bimbang sesuatu akan berlaku kepada koleksi kebangsaan (muzium),” kata Helle Horsnaes, ketua koleksi syiling dan pingat di Muzium Negara Denmark, kepada AFP pada Mei lalu.

“Oleh itu, dia membuat wasiat, menyatakan koleksinya harus disimpan sebagai simpanan untuk koleksi kebangsaan selama 100 tahun selepas kematiannya,” tambahnya.

Muzium Negara Denmark, yang mempunyai hak keutamaan dalam perjanjian antara Bruun dan keluarga Bille-Brahe, telah membayar satu juta euro untuk mendapatkan tujuh syiling daripada koleksi tersebut pada awal tahun ini.

Baca Juga:Influencer dikecam boikot bermusim, kalah dengan godaan ‘Iphone 16’, siap padam komen