Tabung Kecemasan bantu siswa catat kutipan RM150 ribu dalam tempoh 24 jam, Maszlee agih bantuan

Tabung Kecemasan bantu siswa catat kutipan RM150 ribu dalam tempoh 24 jam, Maszlee agih bantuan

Sehingga jam 7 petang ini, 3 Oktober, jumlah terkumpul yang berjaya disumbangkan oleh rakyat Malaysia untuk tabung kecemasan siswa kita mencecah RM 150,648.61.

Jumlah ini berjaya kita semua kumpulkan dalam masa tidak sampai 24 jam.

Oleh yang demikian, kami akan menutup kempen ini untuk membolehkan proses saringan dilaksanakan dan mempercepat proses pengagihan wang sumbangan.

Sehingga petang ini, sebanyak 50 pemohon kritikal telah berjaya kita bantu.

Laporan lebih terperinci akan kami paparkan selepas ini.

Sekali lagi saya ingin mengangkat tangan setinggi-tingginya, sebagai tanda hormat dah terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan walau sekecil RM 1 untuk membantu anak siswa kita dan menjayakan kempen ini.

Dalam masa sama sebuah audit khas juga akan dibuat untuk memastikan ketelusan setiap sen yang disumbangkan oleh rakyat diketahui oleh semua.

Terima kasih, terima kasih Malaysia. #rakyatjagarakyat #siswajagasiswa

YB Dr Maszlee Malik
3 Oktober 2020

Sumber :