“Tahniah Neelofa, Bilal dapat adik lagi” – orang ramai mula ucap tahniah

Tahniah Neelofa Bilal dapat adik lagi orang ramai mula ucap tahniah

“Tahniah Neelofa, Bilal dapat adik lagi” – orang ramai mula ucap tahniah. Tiada angin tiada ribut, pengacara dan selebriti popular, Noor Neelofa sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas tular sebuah video di aplikasi TikTok.

Video latar belakang memaparkan gelagat Neelofa bersama suami tercintanya, PU Riz sedang melakukan penggambaran menarik tumpuan yang tertumpu pada penampilan dan bentuk badan Neelofa dikatakan berisi.

Berdasarkan video tersebut, Neelofa memakai baju dress yang diikat belakang seakan menimbulkan 1001 persoalan ramai yang mendakwa selebriti ini hamil anak kedua.

"Tahniah Neelofa, Bilal dapat adik lagi" - orang ramai mula ucap tahniah

Dakwaan mereka lebih mengukuhkan apabila saat Neelofa tampak sedikit sukar untuk duduk mahu memberi air kepada suaminya itu.

“Biasa kalau ikat dress belakang tu ada baby,” kata netizen.

“Nampak sangat-sangat Neelofa mengandung, tengok cara duduk pun boleh agak dah…” tulis netizen lain.

“Kalau tengok dari tepi bahagian pinggang dia macam ada isi.. Allahualam,” ujar netizen lain.

"Tahniah Neelofa, Bilal dapat adik lagi" - orang ramai mula ucap tahniah

Rata-rata netizen memberi pendapat sama yang mendakwa selebriti kegemaran mereka ini hamil anak kedua dari segi penampilan dan pergerakannya itu.

Sebelum ini, Neelofa pernah didakwa hamil anak kedua selepas tular foto berkerusi roda saat tiba di Brunei baru-baru ini.

BACA JUGA :

‘Over’ tunjuk kemesraan suami isteri, orang ramai meluat tengok Dai Syed dan Hana

Cara tanam sawi letak dalam botol, petik belakang rumah je

Netizen kata Janna Nick ‘try hard’ nak tiru gaya Kak Lina mengacara

CATEGORIES