Tahukah anda? Ini 6 rahsia PUSPAKOM yang korang tak tahu! No.5 tu mengejutkan!

Oleh GEMILANGDAILY

Tahukah anda? Ini 6 rahsia PUSPAKOM yang korang tak tahu! No.5 tu mengejutkan!

KAMI pernah dijemput ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk merasai sendiri pengalaman sebenar menjadi pemeriksa kenderaan (VE) agensi itu dalam acara khas, ‘Be a Vehicle Examiner for a Day’.

Malah, kami siap diberikan jaket, cermin mata industri berserta topi khas yang memang menjadi kostum wajib petugas ketika memeriksa kenderaan.

Tahukah anda? Ini 6 rahsia PUSPAKOM yang korang tak tahu! No.5 tu mengejutkan!

Semua itu dilakukan semata-mata untuk memberikan gambaran sebenar bagaimana seorang VE bertugas.

Di bawah ini kami pecahkan kepada beberapa sub topik bagi memudahkan pemahaman pembaca mengenai fungsi, proses kerja dan apa saja yang ada kaitan mengenai PUSPAKOM:

1. SIAPA PUSPAKOM?

PUSPAKOM ditubuhkan pada 1994 dan berada di bawah syarikat induk DRB-HICOM Bhd yang juga satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan lantikan Kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan, termasuk kenderaan persendirian bagi tujuan pembiayaan sewa beli, pindah milik dan insurans.

Hari ini, PUSPAKOM mempunyai 56 pusat pemeriksaan seluruh negara, termasuk perkhidmatan tambahan di 28 lokasi pemeriksaan dengan jumlah pemeriksaan tahunan mencecah 3 juta kenderaan. Pada 2009, PUSPAKOM baru saja diberikan konsesi bagi penggal kedua (15 tahun sepenggal), di mana 2017 ialah tahun ke-8 bagi penggal kedua konsesi berkenaan.

2. JENIS PEMERIKSAAN
Mungkin ramai keliru tentang jenis pemeriksaan PUSPAKOM. Kalau mahu disenaraikan jenis pemeriksaan memang panjang (ada 12 jenis), tetapi asasnya kami bahagikan ia kepada dua kategori besar, iaitu MANDATORI dan SUKARELA.

i) MANDATORI
Kategori mandatori ialah jenis pemeriksaan yang wajib dilakukan bergantung kepada akta ditetapkan agensi tertentu seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam Diraja Malaysia, pihak insurans dan lain-lain. Daripada 12 jenis, 11 pemeriksaan lain ialah kategori mandatori.

Jenis-jenis pemeriksaan yang ditawarkan:

Pemeriksaan Awalan
Pemeriksaan Berkala
Pemeriksaan Semula
Pemeriksaan Khas
Pemeriksaan Tukar Milik
Pemeriksaan Kenderaan Kerajaan
Pemeriksaan Penilaian
Pemeriksaan Lelong
Pemeriksaan Sukarela
Pemeriksaan Kenderaan Import Untuk Kastam (IVIC)
Pemeriksaan Sewa Beli (HPI)
Pemeriksaan Insurans
Boleh baca maklumat lanjut di laman web PUSPAKOM.

Kesimpulannya, pemeriksaan kategori mandatori ialah syarat yang wajib dilakukan pemilik sebelum kenderaan mereka dibenarkan berada atas jalan.

Antara jenis pemeriksaan mandatori popular adalah seperti Pemeriksaan Berkala membabitkan kenderaan perdagangan yang diwajibkan setiap 6 bulan sekali seperti teksi, bas atau kereta sewa.

Berapa caj?

Bayaran adalah bergantung kepada jenis pemeriksaan. Misalnya, pemeriksaan berkala bagi kenderaan awam seperti teksi ialah sebanyak RM55, manakala pemeriksaan awalan RM70. Kadar bayaran tidak termasuk caj 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Rujuk gambarajah di bawah untuk butiran lengkap bayaran yuran pemeriksaan kenderaan.

ii) SUKARELA
Ramai tidak tahu PUSPAKOM memang ada menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela yang anda boleh dilakukan di mana-mana pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara. Bagi memudahkan proses, buatlah janji temu terlebih dahulu.

Antara bahagian yang diperiksa PUSPAKOM adalah seperti di bawah ini:

Berapa caj?

Serendah RM50 sahaja dan tidak termasuk caj 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Malah anda juga boleh melakukan pemeriksaan mengikut bahagian tertentu dengan caj RM15 per bahagian. Misalnya, anda mahu kereta anda diperiksa bahagian cermin gelap sahaja dan caj yang perlu dibayar ialah RM15.

3. YURAN PEMERIKSAAN MAHAL? ADA ‘ORANG DALAM’?

PUSPAKOM mengakui banyak mendapat maklum balas pengguna yang terkejut apabila diberitahu bayaran pemeriksaan adalah dalam purata sekitar RM50 sahaja. Ramai menyangka PUSPAKOM mengenakan bayaran melampau mahal. Malah, PUSPAKOM bertegas menafikan meletakkan jumlah bayaran tertentu untuk membolehkan sesebuah kereta mudah lulus.

Faktanya, ramai pengguna terpedaya dengan tipu helah khidmat orang tengah atau runner dengan bayaran ratusan ringgit yang kononnya diminta ‘orang dalam’ supaya kenderaan mereka mudah dan cepat lulus.

PUSPAKOM sendiri mendedahkan kepada kami beberapa kes siasatan yang dilakukan berikutan aduan sesetengah pengguna tentang ada pegawainya menerima habuan rasuah untuk meluluskan atau mempercepatkan pemeriksaan kenderaan.

Namun, selepas siasatan dilakukan pada tarikh dan masa dilaporkan, jelas sekali si runner langsung tidak berjumpa sesiapa pun. Sebaliknya, dia cuma beratur seperti biasa lebih kurang satu atau dua jam, dan kemudian mendapat keputusan mengikut standard pemeriksaan.

Malangnya, yang mendapat nama buruk ialah PUSPAKOM, manakala yang ditipu hidup-hidup ialah pengguna dan mendapat habuan pula, runner sendiri.

Sebagai makluman, PUSPAKOM sendiri dipantau dan diaudit oleh 11 agensi berbeza (lihat senarai agensi di atas) yang akan turun padang secara rawak. Setiap minggu pasti ada saja muka-muka ‘perisik’ yang ada di sekitar kawasan pemeriksaan PUSPAKOM.

4. PROSES PEMERIKSAAN

SUMBER: Puspakom
Cuba kita lihat carta aliran pelanggan di atas untuk jenis Pemeriksaan Berkala yang membabitkan kenderaan perdagangan bagi setiap 6 bulan sekali. Tidaklah sesukar mana bukan?

Anda cuma perlu beratur mengikut laluan ditetapkan, mendaftar dan buat bayaran sebelum menjalani pemeriksaan (10 poin) dan mendapat keputusan pada hari sama. Segalanya akan selesai dalam jangka masa lebih kurang dua jam sahaja.

Jika keputusan gagal, anda boleh datang membuat pemeriksaan semula dalam tempoh 30 hari dengan bayaran tambahan RM25 bagi kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi, kereta sewa dan teksi limosin. Caj pemeriksaan kali kedua atau seterusnya (jika gagal lagi) adalah berbeza mengikut jenis kenderaan.

5. PEMERIKSAAN TUKAR MILIK SANGAT LECEH?

Sengaja kami sorotkan jenis pemeriksaan ini kerana pemeriksaan tukar milik adalah antara jenis pemeriksaan popular dalam kalangan pemilik kenderaan persendirian yang mahu membeli kereta terpakai atau menukar hak milik kenderaan mereka atau tukar nama dalam geran kepada individu lain (pembeli luar, kawan, atau saudara).

Pesanan kami, sila berhati-hati dengan sesetengah premis kereta terpakai yang sengaja meletakkan kos upah pemeriksaan PUSPAKOM yang melampau mahal, sedangkan kos sebenar baru RM30 sahaja. Ya, RM30 sahaja!

Jangan percaya tipu helah yang kononnya mereka perlu bayar ‘orang dalam’ supaya kereta anda mudah dan cepat lulus, walhal runner mereka pun perlu beratur seperti pemilik kenderaan lain juga. Lagipun, semua keputusan pemeriksaan direkodkan terus ke dalam pangkalan data komputer.

Bagaimanapun, pemeriksaan kenderaan bagi penukaran hak milik adalah lebih ringkas kerana cuma membabitkan empat ujian utama iaitu mengenal pasti identiti kereta, memeriksa bahagian atas dan bawah (jika ada isu-isu teknikal seperti potong sambung atau perubahan casis) dan akhir sekali penggunaan cermin gelap.

Proses Pemeriksaan Pindah Milik pula adalah seperti berikut:

 

6. STANDARD KUALITI PEMERIKSAAN DAN PERALATAN

Peralatan digunakan PUSPAKOM ditentukur secara berkala oleh Makmal Metrologi Kebangsaan SIRIM, termasuk dipantau dan disaksikan JPJ di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara. Bukan pihak Kerajaan saja yang turun memantau tetapi juga pihak ketiga seperti agensi swasta.

PUSPAKOM turut melaksanakan program Peralatan Keterulangan dan Kebolehulangan (Equipment Repeatability and Reproducibility – ER&R), berdasarkan analisis Tolok Keterulangan dan Kebolehulangan (GR&R) yang menjadi ukuran keupayaan sesuatu peralatan untuk menjana bacaan dan keputusan telus, tepat, jitu dan konsisten sepanjang masa.

Proses pengukuran pula adalah mengikut ciri-ciri atau parameter dalam prosedur operasi standard (SOP) PUSPAKOM.

Aktiviti ER&R juga dijalankan secara berkala di semua cawangan dan lorong pemeriksaan berperalatan yang merangkumi peralatan Gelincir Sisi, Alat Pengujian Suspensi, Alat Pengujian Brek dan Alat Pengujian Asap. Proses pengukuran dan verifikasi ini dibuat menggunakan kereta ujian khas dan diuji petugas VE terlatih.

BACA: 

Kenapa Arab Saudi-Qatar tak ‘ngam’? Ingat sama-sama arab ‘kamceng’ la kan, Ini 5 punca krisis yang anda tak tahu

“Aku kantoi berkhalwat dengan bini aku, setahun dia tak bercakap dengan aku, aku curi baca telefon isteri, rupanya ini kerja dia