Tajul makan nasi goreng ubat gigi – “ini rupanya rahsia dapat suara sedap”

Oleh GEMILANGDAILY

Tajul makan nasi goreng ubat gigi – “ini rupanya rahsia dapat suara sedap”. Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik isteri kepada penyanyi, Tajul Ariff di aplikasi TikTok yang memaparkan suaminya sedang menikmati nasi goreng dalam sebuah bilik hotel sewaktu bercuti di Thailand.

Mengidam, makan nasi goreng ubat gigi

Namun, apa yang membuatkan ramai terkejut ialah pemilik nama Tajul Ariff Noor bin Md. Shari dilihat selamba memicit ubat gigi sebelum meletakkan sedikit di dalam sudu nasi goreng sebelum menikmatinya.

Tajul makan nasi goreng ubat gigi - "ini rupanya rahsia dapat suara sedap"

Menurut isteri Tajul, Nur Shamieza Eddie, suaminya itu dipercayai teringin untuk makan ubat gigi semenjak berada di negara tersebut.

“Tolong, baru dua hari duduk Thailand, dah pepelik perangai lelaki aku ni,”tulisnya.

Pelik-pelik mengidam, mengalahkan ibu mengandung

Tajul makan nasi goreng ubat gigi - "ini rupanya rahsia dapat suara sedap"

@icaaeddie2Tulunnnnnnn, baru 2 hari dok thailand dah pepelik perangai laki aku ni 🥹🥹🥹

♬ original sound – Upin & Ipin Official

Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana mereka mengatakan’mengidam’ Tajul mengalahkan ibu hamil yang mahukan sesuatu benda.

Tambah netizen, kebiasaannya hanya ibu mengandung sahaja mengidam sesuatu yang pelik seperti mana dialami oleh Tajul dalam video berkenaan.

Ingat mint atau wasabi ke?
Selain itu, ada juga warganet berseloroh dan mengganggap ubat gigi tersebut adalah wasabi termasuklah ‘mint’ yang sememangnya ‘berangin’.

BACA:

“Saya kena buang kerja tapi tak sampai hati nak bagitau wife, 3 bulan terpaksa berlakon”, pemuda ini luah keperitan zaman PKP

“Aku tak sangka, patutlah bila mahu melakukan hubungan kelamin dia menolak, rupa-rupanya ini kerja isteri aku..”