Tak berhenti baby ni nangis dalam flight, sekali pemuda ni buat tindakan paling berani

Tak berhenti baby ni nangis dalam flight sekali pemuda ni buat tindakan paling berani

Tak berhenti baby ni nangis dalam flight, sekali pemuda ni buat tindakan paling berani. Mengembara dengan anak kecil sememangnya sangat mencabar, lebih-lebih lagi jika menaiki pesawat.

Ini kerana kebanyakan bayi cenderung untuk menangis atau meragam kerana mengalami ketidakselesaan pada telinga akibat perubahan tekanan udara atau masalah lain.

Pada ketika ini, ada kalanya pujukan dengan memberikan susu kepada bayi berakhir dengan kegagalan di mana si kecil terus menangis tanpa henti walaupun pelbagai ikhtiar lain turut dilakukan.

Dalam situasi ini, sudah pasti si ibu berasa penat dan tertekan kerana perlu mententeramkan anaknya dan pada waktu sama terpaksa menebalkan muka disebabkan tangisan bayinya dibimbangi mengganggu penumpang yang lain.

Bayi menangis non-stop dalam pesawat, tindakan berani pemuda ini dapat pujian netizen

Berada dalam situasi yang sama, lelaki bernama Adli Zakuan turut berkongsi pengalamannya ketika menaiki pesawat baru-baru ini agar ia dapat diambil teladan oleh orang lain pada masa hadapan.

Tak berhenti baby ni nangis dalam flight sekali pemuda ni buat tindakan paling berani

“Semalam dalam perjalanan KL-KK (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu), ada bayi yang menangis sejak kapal berlepas. Hampir sejam juga. Si ibu akhirnya tunjuk tanda tertekan.
“Jadi saya beranikan diri untuk bangun dan pergi mendekati si ibu dan tanya kalau dia memerlukan bantuan.

“Si ibu tak fikir panjang, terus serahkan anak dia kepada saya. Ternyata memang dah penat dan tertekan sebab kalau tidak, mana ada ibu bagi orang asing pegang anak dia.
“Sambil cuba tenangkan anak tu, saya tanya lebih lanjut pasal anak, dah minum susu, pampers dah tukar dan sebagainya. Kita pun check perut betis pula, memang ada tanda angin,” kongsinya dalam satu bebenang di Twitter.

Adli lantas meminta kebenaran daripada wanita berkenaan untuk mengambil alih menjaga bayinya buat sementara.

“Bawa anak dia ke belakang, bersihkan muka, minta pramugari minyak panas cuma ada cap kapak. Tapi dah terdesak, calit sikit kat betis tapak kaki. Tak jalan.

“Pramugari pun cuba ceriakan bayi, tak jalan. Kita dodoi bayi selawat, tak jalan. Bermacam usaha. Akhirnya Allah hantar seorang makcik ni, dia bawa minyak Yu Yee. Kita sapu perut betis kaki semua, Urut-urut. Buat regangan kaki ke perut, tapi masih menangis.

“Kemudian nampak si ibu berdiri, gaya dia lebih tenang sekarang. Maka bawa balik sianak kepada ibunya Ibu dah sedia susu. Sambil minum tu saya ajar teknik main mata dia urut-urut.

“Orang sebelah ibu juga bagi rambut buat anak belai-belai. Akhirnya anak tertidur. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.

Adli menambah, dia pada mulanya mengambil masa untuk berfikir sebelum memutuskan untuk menghulurkan bantuan kerana bimbang disalah tafsir.

“Saya ambil masa lama untuk bertindak sebab macam (fikir) ‘siapa aku nak memandai, lelaki pula tu’. Jadi takut orang salah faham. Tapi kalau tak buat, siapa nak buat. Maka biar naluri bapa yang gerakkan. Kesian budak nangis non-stop. Ibu juga sampai nak nangis sama.

“Kesimpulannya, saya berdoa agar Allah beri kekuatan untuk bertindak membantu tanpa terlalu memikir panjang lepas ni. Sekadar fikir nak buat, tak jadi apa.

“Nak fikir tanggapan orang, tak jadi apa. Kita pula buruk sangka pada orang,” tulisnya.

Sehingga kini, perkongsian kisah Adli meraih lebih 5,700 ulang kicau di laman Twitter.

Di ruangan komen, netizen memuji lelaki berkenaan dan mengucapkan terima kasih kerana perkongsian tersebut membuka minda mereka untuk menjadi lebih prihatin.

Sekadar informasi bersama, si ibu disarankan untuk mengikuti beberapa petua atau tip bagi mengelakkan terjadi situasi yang sama.

Antaranya, membuat persediaan awal dengan memberikan susu ketika pesawat berlepas, membawa mainan atau barang yang menarik perhatian bayi dan membawa makanan bayi serta minyak angin untuk tujuan kecemasan.

BACA:

Beli 200 Land Rovers Defenders 8 tahun lalu, lelaki jual semula harga RM1.16 Juta sebuah- “Genius betul!”

Isteri PU Abu geram dengan Hana Azraa – “cukuplah 4 tahun, jangan rosakkan mental saya lagi”

Nora Danish minta beri peluang, ‘tiada ibu nak anak buat buruk’

CATEGORIES