Keputusan rasmi, calon BN memperolehi 27,995 undi manakala PN memperolehi 7,347 undi.
BN menang dengan majoriti besar 20,648 undi daripada keseluruhan 53.84 peratus pengundi yang keluar mengundi.
Sepintas lalu, keputusan tersebut boleh diberi makna sebagai berikut;
1. Secara umumnya peratusan keluar mengundi adalah rendah bagi semua etnik pengundi, termasuk pengundi Melayu.
Sebagai contoh, daripada 10 PDM yang dikategori sebagai PDM majoriti Melayu, hanya tiga PDM yang kadar keluar melebihi 60 peratus, selebihnya hanya sekitar 50 peratus.
Bahkan ada satu PDM yang sekadar mencatatkan 44 peratus keluar mengundi.
2. Berbanding sikap dingin yang awalnya dipamerkan oleh pengundi etnik Cina, kadar keluar mengundi pengundi Cina secara relatifnya sangat memuaskan berbanding kebimbangan awal.
Sebagai contoh, daripada lapan PDM yang dikategorikan sebagai PDM majoriti Cina, empat PDM menunjukkan kadar keluar mengundi menghampiri 50 peratus, bahkan ada satu PDM mencatatkan keluar mengundi sebanyak 54 peratus. Hanya satu PDM agak rendah iaitu 41 peratus.
3. Strategi saat-saat akhir khususnya oleh PH-BN untuk memujuk pengundi Cina keluar boleh ditafsirkan sebagai berjaya, sumbangan oleh segmen ini banyak membantu kemenangan dengan majoriti sangat besar BN tersebut.
3. Kerjasama BN-PH dalam PRK ini membuah hasil berlipat ganda. Sebagai contoh dalam PRU15 pada November 2022 sewaktu pengundian Parlimen Kluang, BN hanya mengumpul 14,834 atau 30 peratus undi daripada 77 peratus pengundi Mahkota yang keluar.
Manakala sebelum itu dalam PRN pada Mac 2022, BN hanya mengumpul 16,611 atau 45 peratus daripada keseluruhan 57 peratus yang keluar mengundi
. Pertama kali bekerjasama dalam PRK Mahkota ini, BN-PH berjaya mengganda jumlah undi kepada 27,995 atau 78.4 peratus undi daripada keseluruhan 54 peratus yang keluar mengundi. Peningkatan besar bilangan dan peratusan undi yang dikumpul oleh BN ini adalah hasil kerjasama PH-BN dalam PRK ini.
4. PN mengalami defisit undi sangat ketara apabila hanya sekadar mengumpul 7,347 atau 20.6 peratus undi dalam PRK ini. Berbanding dalam PRU15 November 2022 PN mengumpul 14,794 atau 30 peratus undi, manakala dalam PRN Mac 2022 PN mengumpul 7,614 atau 20 peratus undi.
Pengurangan ketara undi PN ini khususnya berbanding PRU15 tersebut hanya ada dua kemungkinan iaitu sama ada pengundi PN sedia ada tidak keluar mengundi, atau mereka keluar tetapi bertukar mengundi BN.
5. Ada sesuatu tidak kena yang boleh diberi perhatian oleh kepimpinan tertinggi PN berkaitan hubungan PAS-BERSATU dalam gabungan tersebut. Ini kerana sepanjang kempen, PAS kelihatan tidak cukup ghairah untuk membantu dan memenangkan calon PN yang diwakili BERSATU.
6. Ada sesuatu tidak kena yang boleh diberi perhatian oleh kepimpinan tertinggi BERSATU berkaitan hubungan dalaman antara klip-klip kepimpinan parti tersebut. Ini kerana sepanjang kempen, dilihat team Azmin Ali sahaja yang allout bekerja dan berkempen untuk menang.
Team figura penting lain dilihat kurang memberi komitmen, kecuali team Presiden.
Ini adalah interpretasi awal makna-makna keputusan PRK malam ini. Insya Allah jika kesempatan analisis lebih mendalam akan dijalankan.
Kredit FB Prof. Madya Dr. Mohd Yusri Ibrahim