Tak dapat majoriti sokongan rakyat punca Presiden Korea umum darurat

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Presiden Yoon Suk-yeol mengisytiharkan undang-undang tentera dalam ucapan televisyen,

Beliau menuduh parti pembangkang utama Korea Selatan bersimpati dengan Korea Utara dan aktiviti anti negara.

CNN melaporkan bahawa Suk-yeol tidak menyatakan langkah-langkah spesifik yang akan diambil.

Beliau menuduh Parti Demokratik yang menguasai Parlimen cuba memecat pendakwa raya kanan dan menolak cadangan belanjawan kerajaan.

Suk-yeol melabelkan tindakan pembangkang sebagai ‘perbuatan subversif bertujuan untuk menghasut pemberontakan’

Tak dapat majoriti sokongan rakyat punca Presiden Korea umum darurat

Dan mendakwa bahawa tindakan mereka ‘melumpuhkan hal ehwal negara dan menukarkan Parlimen menjadi gerombolan penjenayah’.

Beliau menyifatkan undang-undang tentera sebagai langkah perlu untuk menghapuskan ‘anasir subversif pro-Korea Utara’ dan melindungi kebebasan serta keselamatan rakyat.

Speaker Parlimen tidak dibenarkan memasuki Parlimen untuk mengadakan sidang tergempar, menurut saluran televisyen tempatan, YTN TV.

BACA: Ahli parlimen Hulu Terengganu cadang poligami atasi masalah kadar kesuburan negara