“Tak dinafikan abang dia baik sangat dengan aku cuma aku keliru patut ke aku kahwin dengan abang dia? Alang-alang dua-dua dah jatuh cinta”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Salam min, minta hidekan profile kawan saya ni. Cuma nak bercerita sejarah hidup lebih kurang setahun lepas.

Saya dan teman lelaki berkawan atas restu kedua dua keluarga dan merancang untuk berkawin.

Tapi saya dapat tahu saya mengandungkan anak dia tanpa ikatan yang sah. Family marah dan tak dapat terima kami.

"Tak dinafikan abang dia baik sangat dengan aku cuma aku keliru patut ke aku kahwin dengan abang dia? Alang-alang dua-dua dah jatuh cinta"

Mujurlah keluarga dia memahami walaupun berat untuk terima. Kami pilih untuk tinggal dengan keluarga dia memandangkan ibunya selalu sakit bersama seorang abang dan adik yang belum berkawen.

Alhamdulillah bahagia je kami hidup selama ni. Memang dari mula dia dan keluarganya dah berterus terang tentang status duda anak satu. Saya dan keluarga boleh terima dia dan anak.

Anak tinggal dengan bekas isteri dia dan kami selalu jugak bawak anak keluar shopping dan beli barang dapur untuk bekas isteri sebab dia tidak bekerja dan tinggal berdua saja. Family dia sangat ambil berat dan jaga saya dengan baik. Kami hidup macam pasangan suami isteri. Makan minum dia dan keluarganya saya jaga dengan baik.

Masalahnya bila kandungan saya masuk 6 bulan dia mula berubah kalau saya ada buat kesilapan kecil pun dia marah. Dia cakap saya tidak pandai jaga makan minum dia sejak mengandung padahal tiap hari saya masak untuk dia dan family.

saya drive sorang sorang ke klinik. Bila ibunya dapat tahu dia marahkan teman lelaki dan dia cakap saya mngadu pada ibunya. Dia cakap saya menyusahkan dia selama ni, dia kerja untuk cari duit tapi saya tak dengar cakap dia padahal apa yang dia suruh saya tak pernah melawan.

Kami bergaduh besar sampai dia pkl dan menyebabkan kandungan ggr and dia terus tak balik rumah pada malam tu. Saya risau call banyak kali tapi dia off phone. Esoknya saya dapat tahu dia tidur dirumah jnda dia sedangkan saya bermalam di hospital.

H4ncurnya hati saya ketika tu. Bila balik kerumah saya menangis sampai tak keluar bilik sampai ibunya yang ketuk pintu suruh keluar makan. Bila ibu dan ayah dia tanya, saya cakap ada salah faham sikit je saya tak bagitau apa yg jadi sebenarnya.

Tapi cara ibu tengok saya seolah olah dia faham saya sembunyikan sesuatu. Bila tinggal saya dan ibu dia je dirumah baru saya ceritakan semua setelah dipaksa. Ibu terkejut dan kemudian pujuk saya untuk memaafkan tindakan dia walaupun ibu juga sangat marah pada anaknya.

Tiga hari dia tak balik sampai abang dan ibunya pergi kerumah j4nda dia untuk memaksa dia balik kerumah. Ya dia balik, balik dengan hati yang tengah marahkan saya.

Esoknya dia cakap dia akan lepaskan saya. Rupanya selama saya tak mampu nak layan n4fsu dia, dia pergi ke rumah j4ndanya untuk lepaskan. Hancurnya hati saya bila dia jujur macam tu.

Dan selepas saya pantang beberapa hari dia minta kemaskan barang saya dan segera keluar. Saya terima Allah tentukan jalan hidup macam ni. Tapi keluarganya tetap minta saya untuk tinggal bersama mereka. Saya berpindah ke apartment yang jauh dari kedua dua keluarga supaya tiada yang ganggu.

Tapi selalu juga ibu dah abangnya datang melawat . Setelah beberapa bulan berlalu saya dapat tahu dia ditipu oleh j4ndanya yang cuma gil4kan duit dan harta. Pernah dia datang kerumah untuk memujuk dan berkasar dengan saya untuk paksa saya balik kepada dia.

Mujurlah masa tu ada abang saya dirumah untuk menghalang dia dari cederakan saya. After 2 years ibunya nak satukan saya dengan abang dia pulak. Dan saya nampak effort abang dia nak ambil hati saya ni.

Dari dulu saya tengok diorang memang macam langit dengan bumi. Dan saya akui perlahan lahan hati mula terbuka untuk abang.

Tak dinafikan abang dia sangat baik terhadap saya cuma saya keliru patut ke saya bersama dengan abangnya? Supaya lebih selamat dari terus dig4nggu alang alang dua dua dah jatuh cinta.b

BACA: Jenama sambal dari China pula ‘tunggang’ nama Sambal Nyet Khairulaming untuk lariskan jualan