Tak masuk akal kerajaan Melayu gabung dengan lebai boleh rugi

Tak masuk akal kerajaan Melayu gabung dengan lebai boleh rugi

Mana ada rugi, bukankah dah dapat yg dicita2kan setelah plan berbulan2 utk bentuk kerajaan pintu belakang?

Bukankah sejak kamu perintah, kamu dapat duit banyak dan kamu belanjakan duit itu macam ‘santa clause” sehinggakan ada wakil2 rakyat pun dapat bantuan BPN? Duit yg kamu belanjakan sehingga lebih RM 260 Bilion itu semua kamu perolehi sendiri sebab kerajaan PH dahulu mana ada tinggalkan duit kan?

Takkan rugi, mana boleh rugi sebuah kerajaan melayu bergabung dengan pak2 lebai tanpa Dap boleh rugi? Mustahil. Takkan Pak2 lebai tu tak buat solat hajat atau berdoa agar kerajaan tak rugi?

Mustahil kerajaan rugi setiap hari. Kalau rugi, takkan lantik menteri sampai 70 orang, tidak termasuk duta2 khas bertaraf menteri dan para2 penasihat 20 persen? Macam sebuah syarikat, kalau syarikat itu rugi setiap hari, adakah dia akan menambahkan para pekerja di syarikatnya? Kecuali kalau pengurus syarikat itu otak dia sembab dan bodoh.

Kalau sehari kerajaan rugi RM 2.4 Bilion, bayangkan sekarang sudah berapa hari? Berbaloikah tebuk atap untuk jadi PM seperti jadi mahu jadi tokey ikan yang setiap hari rugi? Bukankah itu satu kerja bodoh?

Apa pun bersyukurlah, para2 elit sudah boleh main golf, berjogging dan berbasikal. Taikun2 besar boleh mulakan bisnes. Mak Cik Kiah tidak perlu jual goreng pisang lagi sebab Mak Cik Kiah sudah jadi kaya kerana pendapatannya di saat kerajaan rugi adalah sebanyak RM 4 ribu hingga RM 8 ribu sebulan.

Persidangan Parlimen? Satu hari je cukup untuk dengar ucapan perasmian dari Agong. Alaaahh…lagi pun bersidang di Parlimen tidak penting bagi kami kerana kami naik jadi kerajaan pun bukan melalui proses demokrasi yang sah di Parlimen dengan mandat rakyat pun.

Apa khabar tok peti yang sokong pengkhianat?

WFAUZDIN NS

sumber: