“Tak padan dengan ketot” – Pelawak curang dengan wanita lain, isteri dah sabar 4 tahun. Hampir empat tahun bersabar mempertahankan rumah tangga, namun terlerai di tengah jalan.
Itulah yang dilalui wanita ini, Shelvie Hana Wijaya yang akhirnya terpaksa memfailkan cerai terhadap suaminya,
Daus Mini yang juga merupakan pelawak terkenal di Indonesia.
Pelawak kantoi curang?
Difahamkan, perceraian tersebut berpunca daripada sikap Daus yang dikatakan terlalu sombong dan ego.
Bukan itu sahaja, Daus juga dipercayai berlaku curang sehingga membuatkan Shelvie nekad memfailkan cerai.
Menurut sumber, Daus pernah bernikah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2011 dan 2018.
Pada tahun 2011, Daus bernikah dengan Yunita Lestari dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Namun, pasangan ini bercerai pada tahun 2014. Empat tahun kemudian iaitu ada 2018, Daus bernikah buat kali kedua bersama Rahadini Destia dan siapa sangka, rumah tangganya hanya bertahan selama sebulan sahaja.
Selepas daripada itu iaitu pada tahun 2019, Daus melangsungkan pernikahan ketiganya bersama Shelvie.
Namun, rumah tangga Daus sekali lagi diuji apabila isterinya memfailkan cerai. Dakwa Shelvie, suaminya itu dikatakan berlaku curang. Jelasnya lagi, perselingkuhan tersebut dipercayai berlaku sejak tahun lalu namun baru sekarang, perbuatannya itu terbongkar.
Bercerita dengan lebih lanjut, Shelvie akui sudah lama bersabar dengan sikap Daus yang dikatakan sombong dan ego.
Malah, Daus juga dikatakan tidak menghormati ibu bapa mentuanya. Bukan itu sahaja, masalah ekonomi juga merupakan salah satu faktor pasangan ini bercerai.
Aku dan Daus sudah tidak serasi. Nak pertahankan pun rasanya sudah tak boleh. Komunikasi antara suami isteri pun jarang, apatah lagi dengan ibu bapa saya. Dia tak pernah hormat ibu bapa aku.
Difahamkan, sebelum ini Shelvie seringkali memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh Daus kerana sayangkan rumah tangga yang dibina tetapi segala-galanya hancur dek sikap Daus yang sombong.
BACA:
Netizen dedah muka penyondol kacau rumah tangga Hafidz Rosdi