Tak payah buka jaring lap satu-satu, ini cara cepat bersihkan kipas

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Ketika berhadapan dengan musim panas di Malaysia sekarang, memastikan kipas angin di rumah berfungsi dengan baik

adalah sangat penting untuk keselesaan kita. Namun, jika habuk sudah memenuhi bilah kipas, bagaimana kipas dapat mengeluarkan angin yang kuat, bukan?

Oleh itu, berikut adalah teknik mudah untuk membersihkan kipas angin tanpa perlu membuka jaring dan mengelap bilah kipas satu persatu.

Jom kita lihat caranya supaya anda boleh melakukannya di rumah dan menikmati angin sejuk!

1. Sediakan empat bahan ini:

Tak payah buka jaring lap satu-satu, ini cara cepat bersihkan kipas

-Setengah gelas cuka
-Setengah gelas air
-2 sudu pencuci pinggan (Sunlight)
-3 sudu baking soda

2. Bancuh semua bahan dengan air dan masukkan dalam botol penyembur.

3. Semburkan campuran pada jaring dan bilah kipas yang berhabuk, pastikan semua bahagian terkena.

4. Ambil plastik, bungkus kepala kipas dan ikat dengan kemas.

5. Pasang kipas dan setkan pada kelajuan maksimum, biarkan ia berputar selama 5 minit.

6. Selepas 5 minit, buka plastik dan anda akan mendapati jaring dan bilah kipas sudah bersih.

Habuk yang tebal akan tanggal dan jatuh ke dalam plastik.

Dengan cara ini, anda dapat memastikan kipas angin di rumah sentiasa berfungsi dengan baik dan memberikan angin sejuk yang menyegarkan!

BACA: ‘Gerakan paling tak layak!’ Pemimpin Bersatu persoal kredibiliti Gerakan