Tak perlu ambil ujian teori berasingan motor dan kereta, hanya 1 ujian teori mulai 15 september

Oleh NADIA HARON

Tak perlu ambil ujian teori berasingan motor dan kereta, hanya 1 ujian teori mulai 15 september

Sebelum ini, individu yang ingin memperoleh lesen motosikal dan lesen kereta secara berasingan perlu menduduki dua ujian teori.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan individu yang sebelum ini memiliki lesen memandu,

Tak perlu ambil ujian teori berasingan motor dan kereta, hanya 1 ujian teori mulai 15 september

tidak perlu untuk menjalani ujian teori buat kali kedua untuk memohon lesen kelas berlainan, berkuatkuasa 15 September ini.

Katanya, ketetapan baharu mengenai bahagian pembelajaran iaitu Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) itu untuk memudahkan pengambilan Lesen Memandu Malaysia, khususnya kepada golongan muda, lapor Harian Metro.

“Umum mengetahui bahawa dalam kalangan rakyat Malaysia kebanyakannya mengambil lesen bagi motosikal dan kereta. Jadi kita gabungkan kelas teori dan ujian tersebut kerana tak perlu duduk dua kali,” katanya dalam sidang media hari ini.

Namun, calon masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian praktikal di litar dan praktikal di jalan raya secara berasingan apabila mengambil lesen memandu motosikal dan kereta.

Sementara itu, syarat kelayakan umur bagi motosikal kekal pada usia 16 tahun ke atas, manakala bagi motokar pada usia 17 tahun.

Tambahnya lagi, peraturan itu bakal memanfaatkan orang ramai kerana mereka tidak perlu lagi menduduki satu lagi kelas enam jam untuk dapatkan lesen lain sekali gus memberi penjimatan sebanyak RM100 kepada orang ramai.

BACA: Benarkah kalau warna air kencing keruh macam dalam gambar, tanda diabetes? Ini jawapan pakar