Tak perlu mohon ?? Habis ini apa?

Tak perlu mohon ?? Habis ini apa?

Tadi sahabat Tag screenshot katanya LHDN kata tak perlu daftar, Mohon.. jadi bagaimana ? katanya hari ini web KWSP dan LHDN hang.. betul tak aku kata sebelum, Tak perlu mohon pun, Peruntukan yang disebut Muhyidin dengan anggaran 4 Juta isi rumah hanya cukup untuk penerima BSH dan BRIM..

Bila jadi macam ni..nanti rakyat akan serbu KWSP..serbu LHDN.. Makcik pakcik kat kampung ni bukan tahu apa.. nak isi online..nak hantar dokumen…apa kan jadi pulak lepas ni ? Mau lepas ni ada pulak pesakit COVID-19 Kluster KWSP..Kluster LHDN..

Aku dah kata akan ada paling kurang 3 juta isi rumah yang layak dan terkesan takkan dapat BPN… Benda mudah jer nak congak.. Tak perlu jadi Menteri Kewangan, tak perlu jadi accountant bertauliah..

Bagaimana depa tak dapat jangka semua ini, Tak reti buat unjuran dan data… Tu sebab orang suruh buat sidang parlimen.. Kalau nak tambah pemohon,Kena tambah peruntukan dan ubah unjuran kewangan..

Akhirnya yang dah dapat gaji mcm kakitangan Kerajaan , depa dapat lagi Bonus dan BPN.. Yang terjejas teruk terus terpinggir dan tertinggal seperti penjaja dan bekerja sendiri.. Kalau nak faham bagaimana Muhyidin jenis kaki sembang, jenis tak tahu apa.. Tengok dalam hal Topeng muka(facemask) cukup lah..

Sembang lah 10 Juta unit nak diagih percuma..dok kata toksah bimbang..toksah Bimbang semua cukup.. dah habis 2 Minggu tempoh PKP.. Cari facemask nak beli pun masih tak jumpa.. ,kalau ada RM 2..takdanya RM 1.50.. Sembang kami tentukan RM 1.50..

Stesen minyak kononnya kena ada sanitizer.. Bank kena buat itu dan ini.. berapa kali singgah stesen minyak..,Bank..,Apa pun takda.. Yang depa buat, Sekat jalan situ, sekat jalan sini..Lepas tu ada alasan salahkan rakyat balik rakyat sebab kononnya rakyat degil…

Depa bukan buat kerja selesaikan masalah..Tapi buat kerja tunjuk kuasa.. nak cari salah rakyat.. kalau mcm ni lah gaya, tak tau lah apa jadi pada ekonomi.. Urus benda simple mcm tu pun fail..!

Ipohmali

Sumber :