Tak pernah dibuat orang, banduan guna botol budu liwat kawan di Penjara Kelantan

Oleh GEMILANGDAILY

Tak pernah dibuat orang, banduan guna botol budu liwat kawan di Penjara Kelantan. Budu merupakan salah satu hidangan kegemaran di Kelantan.

Cara makan budu cukup mudah, tuang budu, ada cili padi sikit atau pun tempoyak, kemudian makanlah bersama nasi putih panas, memang bertambah nasi.

BACA: Pengantin 15 Tahun Viral Di Kelantan, Ada Netizen Sokong & Persoal Tanggungjawab

Bagaimanapun ia berbeza dengan situasi yang terjadi di Penjara Pengkalan Chepa.

Tak pernah dibuat orang, banduan guna botol budu liwat kawan di Penjara Kelantan

Seorang lelaki menjadi mangsa liwat dan lebih memedihkan dan menyedihkan apabila ia dilakukan menggunakan botol budu. Jenama budu kami tak tahu.

Menurut laporan BH Online, kejadian tersebut berlaku pada Disember lalu. Semuanya apabila berlaku pertengakaran di antara mereka.

Tertuduh didakwa melakukan perhubungan seksual kepada seorang lelaki berusia 32 tahun dengan memasukkan botol plastik ke dalam dubur tanpa kerelaan mangsa ketika di sebuah bilik di Penjara Pengkalan Chepa, jam 5 petang pada 30 Disember tahun lalu.

Sementara itu, tertuduh yang berusia 35 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan dan sehingga kini mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara.

Mahkamah menetapkan 23 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

BACA:

Punca sebenar tiket penerbangan umrah mahal terbongkar, 6 bajingan ini jadi dalang

“Kelihatan bayi masih merah, dan kepalanya masih bergerak”, kecoh penduduk kampung terjumpa toyol dalam botol