Tak ramai politikus budiman, yang ramai politikus ‘sakau’

Tak ramai politikus budiman, yang ramai politikus ‘sakau’

Politik budiman itu ialah rakyat diutamakan, diri politikus itu dikemudiankan. Tapi tak ramai politikus budiman ini.

Yang ramainya politikus sakau. Ketika rakyat susah pun dia sakau. Rakyat juga bersalah dalam hal ini kerana terlalu menyanjung ahli politik dan sentiasa melayaninya dengan karpet merah. Akhirnya rakyat itu diperah sampai kelarah.

Politik budiman itu ialah politik yang menerima kepelbagaian. Kepelbagaian itu adalah ciptaan Tuhan. Siapa yang anti kepelbagaian dia seperti anti Tuhan.

Ramai ahli dan penyokong politik tahu sangat demokrasi itu memerlukan ramai penyokong dan undi terbanyak.

Tetapi masih ramai ahli dan penyokong parti politik yang cuba memaksa semua orang bersetuju dengan satu orang atau satu parti sahaja. Itu sukar dicapai kerana manusia ini dicipta Tuhan sebagai pelbagai sifatnya.

Politik budiman itu ialah meletakkan kepercayaan kepada seseorang pemimpin dengan sekadarnya. Meletakkan kepercayaan sehingga 100% bukanlah satu politik budiman, tetapi politik penyesalan. Manusia tak ada yang sempurna. Dalam politik kita mencari pemimpin terbaik, bukan pemimpin sempurna. Sedikit reservation itu adalah bekal untuk kita tolak pemimpin pilihan kita itu bila dia bukan lagi yang terbaik.

Sumber :

COMMENTS