Isu nafkah sering menjadi topik pertikaian utama bagi pasangan yang bercerai.
Penting untuk difahami bahawa tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak tetap kekal di bahu seorang bapa, walaupun selepas penceraian.
Melalui perkongsian di media sosial, baik daripada ibu tunggal mahupun pengalaman peguam syarie,
Banyak kes yang menunjukkan sikap culas seorang bapa dalam melaksanakan tanggungjawab ini.
Lebih menyedihkan, ada bapa yang bukan sahaja lepas tangan, malah berkahwin lagi tanpa rasa bersalah, meninggalkan bekas isteri untuk membesarkan anak-anak seorang diri.
Seorang peguam syarie, Fahmi Ramli, tampil memberi penjelasan terperinci tentang tanggungjawab nafkah anak yang perlu dipenuhi oleh seorang duda:
1. Makan dan Minum
Seorang anak memerlukan sekurang-kurangnya RM15 sehari untuk makan tiga kali, bersamaan RM450 sebulan. Ini adalah perbelanjaan asas yang wajib dipenuhi.
2. Lampin Pakai Buang
Bagi duda yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang adalah keperluan utama. Harganya bergantung kepada jenama dan saiz, dan jumlah keperluan perlu diketahui.
3. Susu
Susu adalah keperluan penting bagi bayi dan anak kecil. Bapa perlu memahami jenis susu yang sesuai untuk anak, terutamanya jika anak mempunyai alahan tertentu.
4. Belanja Sekolah
Anak-anak yang bersekolah memerlukan duit belanja harian. Ini mungkin boleh diambil daripada peruntukan belanja bulanan.
5. Pakaian
Pakaian melibatkan baju harian, keperluan mandian, serta pakaian khas seperti baju raya. Sekurang-kurangnya dua pasang pakaian baru perlu disediakan setiap tahun.
6. Yuran dan Persediaan Sekolah
Yuran sekolah, pakaian seragam, dan kelengkapan sekolah perlu disediakan oleh bapa, sekurang-kurangnya dua pasang baju seragam untuk setiap anak.
7. Perubatan
Kos perubatan anak adalah tanggungjawab bapa, walaupun anak berada di bawah penjagaan ibu. Insurans atau kemudahan perubatan lain perlu disediakan jika diperlukan.
Fahmi juga menekankan bahawa tidak salah bagi seorang lelaki yang bercerai untuk berkahwin lagi, tetapi keutamaan perlu diberikan kepada tanggungjawab yang wajib terlebih dahulu.
“Zalim jika seorang bapa mengabaikan nafkah anak, tetapi mampu pula berkahwin lain. Jika tidak mampu menanggung nafkah anak dengan baik, jangan bermimpi untuk membina keluarga baru. Sebaiknya, fokus pada kewajiban yang ada,” tegasnya.
Tanggungjawab nafkah adalah hak anak-anak yang tidak boleh diabaikan. Seorang bapa perlu berusaha memenuhi keperluan anak-anak demi kesejahteraan mereka.
BACA:Â Gempar!! Rupanya ini isi kandungan buku Hannah Yeoh jadi punca kalah saman