Tak salah orang politik, menteri keluar surat sokongan – SPRM

Tak salah orang politik, menteri keluar surat sokongan – SPRM

Tidak menjadi satu kesalah bagi ahli politik atau menteri untuk mengeluarkan surat sokongan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Shamsun Baharin Mohd Jamil.

Walau bagaimanapun, katanya, adalah salah bagi penjawat awam untuk menganggap surat itu sebagai faktor penentu dalam membuat keputusan.

“Kita pernah keluar statement (kenyataan), siapa-siapa nak keluar surat sokongan, kita tak melarang.

“Tidak menjadi kesalahan, mana-mana menteri ke, mana ahli politik nak keluar surat sokongan cuma pihak kita sebagai kakitangan kerajaan, kita tidak boleh guna ini sebagai asas buat keputusan, sebab itu kita keluar guideline (panduan),” katanya pada sidang media hari ini.

Shamsun sebelum itu menhadiri Forum Pencegahan Rasuah Malaysia Kedua yang dianjurkan oleh Institut Strategi Antarabangsa di sebuah hotel di Putrajaya pagi ini.

Dia menjawab soalan mengenai beberapa peristiwa baru-baru ini yang menyaksikan para ahli politik termasuk seorang menteri kabinet terlibat dalam isu-isu membabitkan amalan pemberian surat sokongan.

Menurut Shamsun, adalah perkara lazim bagi ahli politik untuk mengeluarkan surat sokongan terutama ketika diminta oleh penyokong atau pengundi di kawasan pilihan rayanya.

“(Ada) beratus surat sokongan, biasa la tu. Orang politik kan bila ada constituent (kawasan pilihan raya) dia minta surat sokongan, dia keluarkan la tapi kita sebagai penjawat awam tak boleh anggap itu arahan.

“Kita ada SOP (prosedur operasi standard) kita kena ikut. Apa-apa pun kita buat keputusan kita ada garis panduan kita kena gunakan la,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/541138