Tak sampai seminggu jadi Presiden Amerika, Donald Trump mula tunjuk perangai sebenar

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Beberapa hari sebelum Parti Republikan (GOP) memilih pemimpin baharu mereka di Senat, Donald Trump dilaporkan

Beliau memberi tekanan kepada calon-calon untuk meminda peraturan yang dianggap melanggar Perlembagaan,

Dengan tujuan memberi lebih banyak kuasa kepadanya untuk melantik beberapa pegawai utama tanpa melalui proses pengundian di dewan tersebut.

Tiga calon – John Thune, John Cornyn, dan Rick Scott – telah melalui undian rahsia pada hari Rabu lalu

Bagi memilih pengganti Mitch McConnell sebagai pemimpin GOP, yang telah memegang jawatan itu selama hampir dua dekad.

Tak sampai seminggu jadi Presiden Amerika, Donald Trump mula tunjuk perangai sebenar

Pada Ahad, Trump, yang bakal menjadi Presiden ke-47 Amerika Syarikat, menyatakan harapannya agar pemimpin baharu Senat itu dapat memberi kuasa kepadanya untuk melaksanakan pelantikan segera dalam pentadbiran Trump 2.0.

Keputusan Mahkamah Agung pada 2014 mengehadkan kuasa Presiden untuk membuat pelantikan eksekutif kanan seperti jawatan-jawatan dalam Kabinet dan badan kehakiman semasa tempoh rehat, bagi mengelakkan Presiden melangkaui proses pengesahan Senat.

Sikap terburu-buru Trump, 78, menyebabkan ketiga-tiga calon itu bersetuju dengan cadangan bilionair hartanah tersebut, walaupun para senator hanya akan mengangkat sumpah jawatan mereka pada awal Januari depan.

Melalui catatan di media sosial, Trump turut menegaskan bahawa Senat tidak boleh meluluskan pelantikan sebarang hakim sebelum GOP mengambil alih kuasa pada Januari 2025, memandangkan undi majoriti di Dewan Perwakilan AS kini dikuasai oleh Parti Demokrat.

“Demokrat pasti akan mengambil kesempatan untuk melantik hakim mereka sendiri ketika GOP sedang berjuang untuk melantik pemimpin mereka. Tindakan ini adalah tidak boleh diterima,” tegas Trump.

Dalam perkembangan lain, Trump turut mengumumkan calon wanita pilihannya, Elise Stefanik, untuk dilantik sebagai Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, Trump juga mengumumkan pelantikan semula Tom Homan untuk mengawasi sempadan negara dalam pentadbiran 2025-2029.

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan bekas Pengarah Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) sebagai ‘Tsar sempadan’ kerana tiada calon lain yang lebih layak untuk menggalas tanggungjawab tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di platform Truth Social.

Semasa kempen pilihan raya, Trump sering menekankan isu migrasi yang berterusan, dengan golongan pendatang digambarkan sebagai ‘tetamu tidak diundang’ di AS, yang menyebabkan kebimbangan di kalangan mereka.

BACA: Wanita nekad sorok kematian kedua orang tua demi duit pencen cecah RM700,000