Tak sangka betul, duit RM 1 lama ini bernilai RM10000 pada tahun 2014, agak-agak sekarang berapa nilainya?
Sebuah lencana merdeka yang diterimanya daripada seorang guru ketika di darjah satu pada tahun 1957
mendorong Syed Alwi Syed Omar untuk menjadi pengumpul barangan lama yang berkaitan dengan sejarah Malaysia.
Antara koleksi menariknya kini termasuk duit syiling edisi khas dan wang kertas RM1 yang ditandatangani oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Syiling merdeka edisi khas milik Syed Alwi adalah dari tahun 1977, 1982 dan 1987.
“Pada 23 Ogos 1985, saya menghantar ibu saudara saya di tadika Perkim di Jalan Utama di mana dia bekerja sebagai Guru Besar. Di sana, saya bertemu dengan Tunku dan saya meminta beliau menandatangani wang kertas RM1.
“Beliau adalah seorang pemimpin yang sentiasa merendah diri,” kata Syed Alwi sambil menunjukkan kepada The Star wang kertas RM1 miliknya itu.
Tambah Syed Alwi, beliau juga mengumpul syiling merdeka daripada Bank Negara.
Syiling merdeka edisi khas beliau adalah dari tahun 1977, 1982 dan 1987.
Antara koleksi peribadi berkaitan sejarah Malaysia milik Syed Alwi.
“Ramai orang bertindak melupuskan barangan mereka tanpa mengetahui ia boleh menjadi koleksi yang tidak ternilai.
“Saya pernah mengutip barang-barang berharga yang mungkin tidak terdapat di pasaran sekarang,” katanya.
Syed Alwi juga berbangga dengan lencana merdeka miliknya.
“Majikan bapa saya memberikannya lencana dengan imej Tunku pada tahun 1957. Ayah saya memberikannya kepada saya dan saya sangat menghargainya.
“Ketika itu terdapat banyak lencana seperti seumpamanya di pasaran. Tapi orang buang. Saya kumpul dan disimpan dengan sebaliknya,” kata pesara Majlis Perbandaran Pulau Pinang itu.
Ditanya mengenai mesej beliau sempena merdeka, Syed Alwi menggesa generasi muda supaya mengamalkan kitar semula untuk menyelamatkan alam sekitar.
“Barangan yang mungkin dianggap rosak boleh dibaiki atau dipasang semula serta digunakan dengan baik. Jadilah hero penyelamat alam sekitar,” katanya.