Tak sangka! Eropah sebenarnya tidaklah sebersih yang disangka, Sungai thames rupanya tempat buang najis!

Oleh GEMILANGDAILY

Tak sangka! Eropah sebenarnya tidaklah sebersih yang disangka, Sungai thames rupanya tempat buang najis!

Kalau kita tengok didalam cerita-cerita dongeng Disney atau filem-filem barat tentang peristiwa tertentu pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-19,

kita dihidangkan dengan bandarnya yang cantik macam kayangan, puteri yang jelitawan serta putera yang tampan.

Tak sangka! Eropah sebenarnya tidaklah sebersih yang disangka, Sungai thames rupanya tempat buang najis!

Akan tetapi sebenarnya ianya hanyalah indah khabar daripada rupa. Berpandukan catatan sejarah, tamadun barat dan eropah sebenarnya adalah ‘satu tandas terbuka’.

– JALAN RAYA DIPENUHI NAJIS, BANGKAI DAN SAMPAH SARAP.

Tahukah anda bagaimana keadaan London pada zaman Ratu Lizzy pertama? Disebut oleh sejarawan Inggeris bahawa seluruh jalan-jalan di London dipenuhi dengan najis manusia, haiwan dan sampah sarap. Setiap hari akan ada budak pemungut najis mengangkut najis-najis ke Sungai Themes.

– BANGKAI KUDA DIBIARKAN

Pada tahun 1880, bandar New York terpaksa mengheret 40 bangkai kuda daripada jalan setiap hari. Tapi kuda kan berat, jadi dengan cara apa mereka membuang bangkai tersebut? Mudah saja, mereka membiarkan tersebut mereput terlebih dahulu kemudian baru mereka alihkan anggota badan yang sudah bercerai-berai.

– MEMBUANG NAJIS DAN SAMPAH MELALUI TINGKAP

Pada zaman itu, adalah perkara biasa bagi orang yang tinggal di tingkat atas rumah kedai untuk membuang air besar dan sampah sarap mereka melalui tingkap yang menghala ke jalan.

– HAMPIR 20000 KHINZIR BERKELIARAN BEBAS

Khinzir-khinzir tersebut berkeliaran bebas di bandar New York tanpa diberi makan, dijaga mahupun ditangkap! Begitu banyak sekali.
– SUNGAI THEMES SEBAGAI SISTEM PERPARITAN

Sungai Themes adalah parit dan Sungai Themes itulah sumber air. Dilaporkan bahawa sungai tersebut begitu tercemar sehinggakan tidak ada individu yang berani meminum airnya untuk beberapa ratus tahun.

– ‘FROM BREAST TO THE BEER BOTTLE’

Pepatah Inggeris menyebutkan ‘from breast to the beer bottle’ yang bermaksud bayi pun minum beer kerana ketiadaan sumber air yang bersih.
– JARANG MANDI

Orang Malaysia kalau malas mandi pun 2hari satu kali. Amalan tidak mandi orang-orang pada zaman itu sehinggakan beberapa bulan malah bertahun adalah perkara biasa.
– PEMBUATAN WANGIAN

Pada zaman Napoleon dan Marie Antoinette, keadaan Paris sama macam London sehinggakan ada sejarawan yang mengatakan ‘Paris was the foulest and smelliest cities in Europe’. Najis merata-rata. Dan kerana itulah Paris terkenal dengan pembuatan minyak wangi sebab untuk tutup bau-bau taik tersebut.

Sebabtu kalau ada kenalan korang yang bau busuk ni, korang hadiahkan mereka wangian daripada Wildparfum.hq. Bahan yang digunakan dalam pembuatan wangian pun daripada bahan yang premium serta harga wangiannya pun tidaklah terlalu mahal dan terlalu murah. Tekan link di profil Wildparfum.hq sekarang untuk buat pembelian.

– ISTANA VERSAILLES DIGELAR ‘KUMBANG TAHI’ ATAU CESSPOLL

Menurut para sejarawan, istana versailles yang dihiasi perabot-perabot mahal dan cantik bertatah emas permata ini mendapat gelaran sebagai ‘kumbang tahi’ atau cesspoll.

Para dayang, pekerja istana malah tetamu diraja terpaksa membuang air di tepi-tepi tingkap, belakang pintu, sebalik langsir, sekitar koridor dan bawah tangga kerana jumlah bilik air yang sedikit.

– TIDAK GOSOK GIGI

Gigi yang kuning pekat pun kita dah rasa tak lalu nak tengok inikan pula yang hitam. Gigi mereka pada zaman tersebut adalah hitam dan reput. Ratu Lizzy contohnya mempunyai gigi yang hitam sepenuhnya hinggakan rakyatnya ingat benda tersebut adalah satu trend!

Sungguhpun Eropah tidak sekotor pada kurun ke-15 – ke-19. Bandar Paris dan New York masih lagi kotor, berbau hancing bahkan tikus-tikus pun berkeliaran.

Jauh beza kalau dibandingkan dengan Kuala Lumpur yang jauh lagi bersih dari bandar-bandar di Eropah.

BACA:

Tak sampai tengah bulan lagi gaji tinggal 32 sen! Ingatkan kena kebas dengan scammer rupanya kerja anak sendiri!

Gara-gara enggan beri laluan kepada motosikal, telinga pemandu bas ini digigit penunggang motosikal