Kadang-kadang, bila kita guna barang-barang yang memang dah ada di rumah, kita tak ambil tahu siapa yang cipta barang tu.
Tapi korang pasti terkejut bila tahu bahawa barang-barang ini sebenarnya dicipta oleh orang Malaysia!
Jom kita lihat senarai ini dan kagum bersama-sama!
1. Tembok Nehemiah
Kalau korang perasan, dekat flyover-flyover di Malaysia terdapat tembok berbentuk heksagon yang dibina untuk menahan tanah.
Ciptaan bijak ini adalah hasil kerja orang Malaysia dan telah digunakan di negara-negara lain seperti Singapura, Australia, dan Hong Kong.
Pencipta tembok Nehemiah ini ialah Dr. Nehemiah Lee yang telah bekerjasama dengan Reinforced Earth. Dia mengembangkan konsep jurutera Perancis dan arkitek Henri Vidal, lalu menukarkannya kepada sistem kejuruteraan menggunakan tanah dalam pembinaan.
Kelebihan tembok ini adalah reka bentuknya boleh menampung kemampatan tanah yang berlainan di sepanjang tembok, berbanding tembok konkrit biasa yang cenderung retak.
2. Pemegang Berus Gigi Flipper
Pemegang berus gigi Flipper yang boleh dilekatkan pada dinding dan cermin ini telah digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia. Ia membolehkan pengguna menyimpan berus gigi di tempat tertutup dan penutupnya boleh dibuka serta ditutup dengan mudah.
Pencipta alat ini adalah orang Malaysia bernama Goo Yock Tee. Ciptaan ini bermula apabila mereka cuba menyelesaikan masalah bagaimana menyimpan berus gigi dengan cara yang bersih dan mudah. Flipper akhirnya dicipta dan telah digunakan di seluruh dunia serta memenangi beberapa anugerah kerana reka bentuknya yang bagus.
3. Pendrive
Semasa korang belajar dulu, pendrive merupakan penyelamat korang kan? Di situlah tempat kita simpan semua tugasan yang telah siap untuk dicetak. Kalau tiba-tiba pendrive rosak, memang boleh menangis!
Siapa sangka, alat kecil yang sangat penting dalam kehidupan kita ini sebenarnya dicipta oleh orang Malaysia? Pua Khein Seng adalah pencipta pemacu USB yang boleh menyimpan data menggunakan interface USB.
Pua Khein Seng meninggalkan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang elektrik dan kejuruteraan kawalan di Universiti Chiao Tung, Taiwan. Semasa di tahun ketiga, dia mengkaji teknologi flash memory dan bersama empat orang lain, mereka mengeluarkan pendrive pertama di dunia lengkap dengan teknologi system-on-chip pada tahun 2001.
4. Loom Bands
Gelang yang diperbuat daripada getah ini menjadi popular di luar negara sekitar tahun 2012. Malah, Puteri Kate sendiri pernah dilihat memakai gelang getah yang dikenali sebagai loom band ini.
Loom band ini dicipta oleh anak Malaysia, Cheong Choon Ng yang telah berhijrah ke Amerika Syarikat. Dia mendapat idea untuk mencipta gelang ini selepas melihat dua anaknya membuat gelang menggunakan getah. Ng mengingati permainan lompat tali yang pernah dia main ketika di Malaysia, di mana tali tersebut dibuat dari getah yang disambung.
Dia berjaya membuat gelang berwarna-warni yang dibawa oleh dua anaknya ke sekolah. Ramai kanak-kanak meminta dia membuat gelang yang sama untuk mereka, dan anak perempuan sulungnya mencadangkan supaya dia menjual gelang tersebut.
Ng menghabiskan enam bulan untuk menyiapkan produk tersebut dengan mereka 28 rekaan berbeza. Dia dan anak-anaknya membuat video cara membuat gelang getah di YouTube yang ditonton oleh berjuta-juta orang.
Kejayaan besar datang pada tahun 2012 apabila pemilik Learning Express Toys Franchise memesan sebanyak 48 kit sebelum ia menjadi popular di seluruh dunia. Kini, Rainbow Loom telah terjual sebanyak lebih tiga juta dan Ng mempunyai kilang sendiri dengan 14 pekerja.
5. Mesin Rebus Telur
Kalau korang pergi ke mana-mana kedai mamak atau kopitiam, korang mesti nampak mereka guna mesin rebus telur untuk buat telur setengah masak. Sekarang ni pun banyak rumah yang guna mesin ni.
Mesin rebus telur ini dicipta oleh Hew Ah Kow. Dia mencipta mesin ini selepas sering kecewa kerana telur setengah masak yang selalu terlebih masak.
Hew mula mencari cara untuk memasak telur setengah masak dengan sempurna. Dia mencipta mesin yang diperbuat dari plastik dan menjadikannya lebih efektif, membolehkan seseorang hanya perlu meletakkan air panas dan biarkan mesin tersebut memasak telur dengan sendiri.