Tak sangka! Rupanya dari sini Anwar Ibrahim dapat gelaran ‘Non’ yang ramai tak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Tak sangka! Rupanya dari sini Anwar Ibrahim dapat gelaran ‘Non’ yang ramai tak tahu.

Semalam, aku dengan wife pergi panggung wayang tengok filem Anwar: Untold History.

Aku nak tonton sendiri filem yang khabarnya sudah kutip RM1 juta hari pertama.

Tak sangka! Rupanya dari sini Anwar Ibrahim dapat gelaran 'Non' yang ramai tak tahu

Aku pada mulanya memang tak beri expectation tinggi. Tapi surprisingly, aku suka filem tu. Ya beb, aku suka 🤣 Aku beri 3.5/5 bintang.

Pertama sekali, aku boleh kata editing filem ini memang lahnat. Transition antara babak macam kerja tak siap. Sekejap babak tu, sekejap babak ni.

Baru rasa nak sedih, dah tukar babak lain. Baru rasa nak geram, dah tukar babak lain.

Baru syok dengar babak lagu sedap, eh dah habis lagu. Mana pergi scene lagu tadi? Khabarnya konon 80 minit kena potong, itu sebab nampak haru biru flow filem. Itulah part paling teruk filem ini.

Kedua, loghat Indonesia dalam filem ini memang tak boleh sorok. Tapi bagi aku, loghat tu tak ada la sampai mengganggu aku nak enjoy filem. Watak Acha sebagai Kak Wan paling power dalam filem. Walaupun nampak dia bergelut control loghat dia, tapi lakonan dia mantap!

Barulah aku tahu gelaran “Bang Non” ialah gelaran keluarga rupanya. Keluarga panggil dia Non. Ingatkan ini nama hasil creation haters. Rupanya memang family panggil dia Non. Banyak babak panggil Non, Non, kau ni dah melampau Non. Gitu.

Watak mak kepada Bang Non paling power dalam scene keluarga. Watak abangnya pun boleh tahan.

Abangnya mengamuk bila Bang Non tak benarkan kontrak kerajaan disakau family. Projek abang “ditolak tanpa rayuan” semasa adik jadi Menteri Kewangan. Tanah beribu ekar yang ayah dapat, anaknya tak luluskan.

Anak telefon mak beritahu ayah tak akan dapat tanah. Ini nak tunjukkan walaupun Bang Non ada kuasa, faedah untuk keluarga satu sen pun tak dapat.

Ini membuatkan kita terfikir, rupanya dengan jadi Menteri, memang kita boleh kaya rayakan family kita. Beri projek pada ayah, adik beradik, anak-anak. Patutlah ramai nak masuk politik.

Dr Mahathir tak nampak jahat sangat dalam filem ini. Banyak babak Dr Mahathir meeting dengan kawan-kawan kroni. Dr M lebih kepada ikut cakap geng kroni dia.

Dr M marah betul dengan Bang Non bila kroni kena kacau. Kenapa la kacau kawan aku… kawan aku ni dah bising itu ini… tak payah lah… ha macam tulah.

Apa itu skandal Perwaja? PKB? Bail-out Petronas? Ada digambarkan dalam filem ini. Mungkin tak adalah 100% tepat dalam sejarah. Tapi kita akan dapat gambaran betapa golongan yang berkuasa ini, boleh je suka hati nak buat apa dengan kantung negara.

Lafaz “I help you, you help me” literally disebut dalam filem.

Pergi hotel sampai boleh dapat rasuah RM4 juta. Tahun 1998. Bayangkan nilai duit betapa besarnya itu jam. Projek lebuhraya ada yang nak menyakau, kalau lulus, nanti Menteri dapat token. Projek nak menjadi, kena rasuah dari atas sampai bawah. Baru kerja jalan.

Itulah realiti politik negara kita. Dari atas sampai bawah, banyak tangan yang menadah.

Babak kelakar, ada satu yang aku suka. Babak operator telefon buat lawak Anwar Sadat & Firaun.

Aku tak boleh nak cerita lawak tu. Korang kenalah pergi tengok sendiri!
Aku suka tonton babak dalam lokap nombor 6, Bukit Aman. Mungkin begitulah suasana bagaimana Bang Non dipukul dan ditumbuk Rahim Noor, dan mata lebam tu jadi logo bendera PKR sampailah sekarang. Solat dalam keadaan baju berdarah.

Ada anggota polis dalam lokap yang simpati, tapi “Maaf Dato Seri.. saya tak boleh tolong”. Babak kena angkut polis dari rumah pun menarik untuk kita tonton.

Polis pecahkan tingkap, pecah masuk dan tangkap Bang Non di hadapan ramai pengikut, kemudian dibawa masuk dalam kereta polis, dipisahkan daripada ahli keluarga. Babak itu yang paling syahdu sekali. Sebak dada.

Tak adillah kalau sampai nak beri 0.5 bintang je untuk filem ni. Mengada betul korang ni. Filem ni menggambarkan “kezaliman” ramai tokoh yang masih hidup lagi tau. Watak orang tu ada dalam filem dan kalau dia tengok, dia boleh kata “eh jahatnya aku ni”.

Aku berikan 3.5 bintang. Saya ulang! 3.5/5 bintang. OST dia sedap, Siti pulak tu yang nyanyi.

Masa aku pergi panggung, memang berbilang bangsa yang datang tonton. Melayu ada, Cina ada, India ada. Bila habis je filem, ramai yang tepuk tangan.

Aku pun join juga tepuk tangan. Takkan semua ini tiada hikmah kepada aku?

BACA: Gara-gara terkantoi ada skandal dengan lelaki lain, isteri nekad tikam suami 15 kali!

Nak bawah harga market, individu dedah beli rumah lelong sekali dapat kilang proses ganja