Tak sangka! Rupanya e-wallet TnG boleh beli air mesin vending di Jepun ramai tak tahu, ini caranya

Oleh ISMAIL YAHYA

Tak sangka! Rupanya e-wallet TnG boleh beli air mesin vending di Jepun ramai tak tahu, ini caranya

Salah satu kaedah beli air di mesin layan diri di Malaysia pada hari ini adalah dengan menggunakan aplikasi TNG eWallet.

Siapa sangka di negara Jepun juga mengadaptasi kaedah yang sama yang mana boleh dimanfaatkan oleh warga tempatan?

Tak sangka! Rupanya e-wallet TnG boleh beli air mesin vending di Jepun ramai tak tahu, ini caranya

Menerusi akaun TikTok bernama @pokneng69, beliau berkongsi tentang kaedah beli air gedegang di vending machine menggunakan aplikasi TNG eWallet di negara Jepun.

Dengan aplikasi TNG eWallet transaksi boleh dibuat secara terus di mana kadar pertukaran dilakukan secara automatik. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk ketahui lanjut.

Kaedah beli air gedengang dengang TNG eWallet di Jepun
1. Buka aplikasi TNG eWallet di peranti.

2. Kemudian, klik pada ciri pengimbas lalu imbas kod QR yang disediakan pada mesin layan diri.

3. Letakkan peranti pada bahagian sebelah kod QR di mana mesin layan diri mahu membuat sambungan dengan peranti. Secara dasarnya, peranti anda perlulah mempunyai NFC untuk berbuat sedemikian.

4. Selepas sambungan berjaya dibuat, pastikan nombor yang dipaparkan pada skrin peranti sama seperti yang dipamerkan pada mesin layan diri itu.

5. Tekan OK untuk langkah selanjutnya.

@pokneng69 Pokneng belajar ilmu baru. #japan #haus #personalshopper #trustedsellermalaysia #original #fypシ #trending #henyaksampailunyai #isbah ♬ original sound – Pokneng

6. Semak jenis air pada katalog digital yang dipamerkan pada pelayar dan klik pada air yang dimahukan.

7. Tekan Buy dan klik Pay untuk halaman seterusnya.

8. Sebaik selesai memproses pesanan air anda, klik Pay Now untuk membuat pembayaran.

9. Akhir sekali, anda masukkan kata laluan pada TNG eWallet dan terima air yang dipesan.

Difahamkan setakat ini kadar pertukaran matawang oleh TNG eWallet adalah paling termurah di dalam pasaran e-Wallet Malaysia. Jadi, anda boleh membeli barang tanpa perlu risau dengan kadar pertukaran yang tinggi atau masalah seumpama menerusinya.

Selain di Jepun, negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura juga menyokong kaedah pembayaran menerusi Touch ‘n Go eWallet. Jadi, anda boleh melancong ke negara itu secara cashless kerana pengadaptasian kaedah pembayaran TNG eWallet.

Sebagai peringatan, pastikan juga peranti anda mempunyai fungsi NFC untuk membuat pembayaran seperti yang dipamerkan. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang mengetahui tentang pembayaran dengan TNG eWallet apabila melancong ke sana.

BACA: “Bapa guna nama aku dan adik beradik buat loan sampai kami kena blacklist”, Ini kisah ayah kerja offshore cerai ibu demi janda