Tak sangka! Rupanya ini asal usul masyarakat Arab di Malaysia, kebanyakannya keturunan nabi yang ramai tak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Tak sangka! Rupanya ini asal usul masyarakat Arab di Malaysia, kebanyakannya keturunan nabi yang ramai tak tahu.

Penulis berasa tertarik dengan satu post di Twitter yang berkongsi tentang asal usul Arab di Malaysia.

Pemilik akaun @RimauXI turut menerangkan lebih dalam tentang asal usul etnik imigran Arab di Malaysia.

Tak sangka! Rupanya ini asal usul masyarakat Arab di Malaysia, kebanyakannya keturunan nabi yang ramai tak tahu

Beliau menyatakan bahawa majoriti Arab di Malaysia merupakan imigran yang berketurunan dari Hadhramaut, selatan Yaman

Oleh yang demikian, mereka dikenali sebagai Hadhrami. Imigran Hadhrami mengklasifikan etnik kepada dua : (a).Sadah (السادة) (b). Bukan Sadah.

Sadah (السادة) bermula pada tahun 929 apabila warga Iraq bernama Ahmad ibn Isa berhijrah ke Hadhramaut. Kemudian, keturunan Sadah menggunakan nama Ba ‘Alawi (باعلوي) & membentuk clan seperti al-Attas, al-Idrus, al-Junayd & sebagainya.

Imigran Hadhrami yang datang ke Malaysia telah diberikan kedudukan istimewa oleh kaum Melayu kerana menganggap mereka keturunan Rasulullah SAW. Walaupun keturunan Hadhrami menyatakan mereka datang untuk menyebarkan Islam & bukan kerana ekonomi, namun ini dipersoalkan kerana mereka tidak datang pada zaman awal penyebaran Islam. Sebaliknya, mereka datang dari Jawa, Sumatera & Kalimantan pada akhir kurun ke-17 & 18.

Hadhrami di Tanah Melayu tidak dipaksa British untuk tinggal di setinggan istimewa (special ghettos) sepertimana yang dilakukan oleh Belanda di Indonesia. Walau bagaimanapun, mereka masih tinggal sesama mereka di kawasan yang sama & mengehadkan hubungan dengan populasi Melayu.

Pada 5 Februari 1959, satu memorandum telah dihantar oleh organisasi al-Rabitah al-‘Alawiyyah di Jakarta ke cawangannya di Singapura untuk mendaftar semua keturunan Sadah bagi memelihara mereka yang dianggap mulia & berstatus tinggi di kalangan umat Islam Malaya & Singapura.

Bagi memelihara keturunan Sadah, majoriti mereka tidak membenarkan anak mereka yang digelar ‘sharifah’ dikahwinkan dengan seseorang yang bukan daripada keturunan ‘sayyid’. Mereka menunjukkan kecenderungan untuk berkahwin di kalangan mereka. Identiti Hadhrami di sekeliling Lautan Hindi dianggap sebagai bukan berdasarkan kenegaraan atau etnik, tetapi berdasarkan nasab. Ini membentuk satu jenis asabiyyah yang unik & hanya diamalkan oleh Hadhrami.

Di Johor, Kedah & Pulau Pinang, majoriti imigran Hadhrami menyertai UMNO. Ini kerana UMNO menggunakan konsep Melayu yang luas & membenarkan Hadhrami & India Muslim untuk menyertai parti tersebut.

Di Indonesia Sukarno menggunakan istilah “Hadramautisme” untuk melabel segala yang dilihat sebagai mundur & salah mengenai Islam di Indonesia. Amalan superiority Sadah dianggap sebagai satu bentuk ‘asabiyyah’ kerana ia tidak boleh dijustifikasi dalam Islam. Sadah menganggap tiada ruang untuk membandingkan mereka dengan golongan yang tidak berketurunan Rasulullah SAW.

Hadhrami yang bukan Sadah tiada masalah berinteraksi dengan Melayu. Mereka menganggap gelaran sayyid disalah gunakan oleh golongan Sadah, kerana di Hadhramaut status sosial mereka adalah sama. Di Tanah Melayu, Sadah diberi kedudukan istimewa & dikahwinkan dgn golongan diraja.

Contoh kritikan sosial dapat dilihat melalui filem P. Ramlee yang berjudul Ahmad Albab. Watak antagonis “Mashood Albuaya” lakonan AR Tompel hanya mahu mengahwinkan anak-anak perempuannya dengan orang kaya & memandang rendah menantunya Syawal, seorang pengembala.

Perkongsian beliau itu mendapat respond positif daripada pengguna Twitter di Malaysia.

BACA:

Berang jadi bahan ketawa, pesakit mahu saman doktor gara-gara balutan tak kemas

Kecoh gambar Ustaz Syamsul Debat disalahguna ‘promote’ pelaburan tak wujud, sekali wanita ini dedah cerita sebenar