Tak sangka! Rupanya pakcik tua ini pengasas butik Zara yang ramai tak tahu, ini cerita sedih disebalik butik Zara

Oleh GEMILANGDAILY

Tak sangka! Rupanya pakcik tua ini pengasas butik Zara yang ramai tak tahu, ini cerita sedih disebalik butik Zara

Zara Malaysia sudah membuka online store untuk peminat jenamanya di Malaysia sejak 1 Mac 2017.

Dengan adanya online store lebih mudah untuk membeli-belah di Zara, hujung jari sahaja.

Tak sangka! Rupanya pakcik tua ini pengasas butik Zara yang ramai tak tahu, ini cerita sedih disebalik butik Zara

Bagi saya model bisnes Zara begitu menarik sehingga ia jadi antara syarikat retail fesyen yang terbesar di dunia. Ia dimiliki Inditex, salah satu syarikat kumpulan pengedaran terbesar dunia. Saya akan cerita tentang bisnes Zara pada artikel akan datang.

Sekarang saya mahu memperkenalkan anda dengan pengasas Zara, seorang lelaki Sepanyol bernama Amancio Ortega Gaona, 81. Tanpa idea, perancangan dan usahanya bersama orang-orang terawal, tidak mungkin Zara wujud dan berada di kemuncak kejayaan.

1. Keadaan keluarganya yang miskin mendorong Ortega berhenti sekolah di usia 14 tahun untuk bekerja sebagai budak penghantar bagi sebuah kedai pembuat baju tempatan. Kemudian jadi pembantu pedagang kain dan pembantu tukang jahit.

2. 4 tahun selepas itu Ortega diburu untuk menguruskan kedai pakaian yang lebih besar. Disitulah dia bertemu dengan pembantu kedai bernama Rosalia Mera yang akhirnya menjadi isteri Ortega dan membantu dia membina bisnes.

3. Di usia 20-an, Ortega memulakan kerjaya dalam bidang pembuatan tekstil sambil mengurus kedai pakaian tempatan. Dia melukis dan merekabentuk pakaian seperti jubah mandi, gaun, dan pakaian dalam di ruang tamu rumah.

Seterusnya bekerjasama dengan isteri dan adik, Antonio membina kilang dan 2 tahun kemudian muncul Confecciones Goa S.A untuk pembuatan tekstil dan pemasaran.

Kedai pertama Zara dibuka pada 1975 di A Coruña, beberapa blok dari tempat dia bekerja semasa remaja.

4. Perintis dalam fast fashion, Ortega mengasaskan bersama syarikat induk Zara dan unit perkilangan pembuatan, Inditex dengan Rosalia Mera pada 1985.

5. Ortega merupakan orang terkaya di Eropah dan peruncit terkaya di dunia dengan nilai bersih peribadi mencecah USD68.5 billion pada Mac 2017 hasil bisnes Intidex.

6. Pernah menjadi orang paling terkaya di dunia pada pagi Jumaat 23 Oktober 2015 mengatasi Bill Gates apabila nilai bersih kekayaannya melonjak ke angka USD80 billion (lebih kurang RM354 billion) ketika stok syarikat Intidex tinggi. Ia kekal untuk beberapa jam sahaja. Dan perkara yang sama berlaku pada September 2016.

7. Seorang yang sangat menjaga privacy, setakat ini hanya 3 temubual bersama journalist dibuat menurut Bloomberg (2012) dan gambarnya pertama kali didedahkan kepada umum pada 1999.

Petikan dari Forbes, Ortega menyebut: “Di jalanan, saya hanya mahu dikenali oleh keluarga saya, rakan-rakan saya dan orang yang bekerja dengan saya.”

8. Pakai pakaian secara sederhana seperti blazer biru, baju putih dan seluar. Dia juga memakai pakaian kerja seperti ahli perniagaan tempatan Eropah: seluar kelabu dan baju terbuka leher.

9. Dilaporkan Ortega bekerja 25 tahun tanpa meluangkan masa untuk pergi bercuti.

10. Pemilik pasukan bola sepak Sepanyol, Deportivo La Coruna.

11. Walaupun Amancio orang terkaya Eropah, dia pergi ke kedai kopi yang sama setiap hari dan makan tengah hari di kafeteria syarikat bersama para pekerjanya.

12. Ortega merupakan perintis industri fesyen yang menggunakan teknologi maklumat di dalam bisnes pada 1976 untuk mengesan dan mengawal jualan dan inventori. Dia turut memutuskan mana-mana kedai yang perlu diisi semula produk dalam tempoh 48 jam.

13. Ortega tetap ke pejabat dan duduk bersama buyers dan pereka muda Zara di Inditex, La Coruna walaupun telah meletak jawatan CEO pada 2011. Ortega masih memegang majoriti saham Inditex dan penasihat rasmi lembaga.

14. Ortega mengambil peluang membeli hartanah dengan harga rendah ketika Sepanyol mengalami krisis ekonomi. Picasso Tower bernilai 850 juta Euro pada 2007 telah dibeli dengan wang tunai sebanyak 400 juta Euro. Pencakar langit setinggi 43 tingkat ini merupakan bangunan paling popular dan paling tinggi di Madrid, Sepanyol.

15. Menurut José María Castellano (rakan niaga Ortega selama 31 tahun), cara Ortega bekerja adalah membincangkan perkara-perkara dengan gigih bersama kumpulan-kumpulan kecil, menugaskan kertas kerja dan mendengar suara orang lain dan menyukai bercakap berbanding komunikasi bertulis.

BACA:

Lelaki melayu terakhir solat subuh berjemaah dalam KTM buat ramai wanita sejuk hati melihat

Ingatkan budak kecil lagi rupanya dah kerja! Gadis suka bermanja dan tidur dengan abang sendiri, kakak ipar hilang keistimewaan