Tak sangka! Rupanya pengintip guna air mani sebagai ‘invisible ink’

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Korang pernah tengok filem James Bond? Filem ni diadaptasikan daripada novel yang ditulis oleh Ian Fleming.

Sebenarnya, watak James Bond dihasilkan daripada pengalaman Fleming semasa berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua dan semasa menjadi seorang wartawan.

Dalam filem ni, pengintip James Bond dilatih dalam perisikan dan pasukan khas serta menggunakan senjata-senjata berteknologi tinggi.

Tak sangka! Rupanya pengintip guna air mani sebagai 'invisible ink'

Akan tetapi, pengintip British yang pernah berkhidmat semasa Perang Dunia Pertama dilatih menggunakan teknik lain dari yang lain untuk menghantar mesej tersembunyi. Antaranya…

Semasa Perang Dunia Pertama, pengintip British kena gunakan IQ yang tinggi untuk mendapatkan maklumat sulit supaya tahu titik lemah musuh. Selain dari menggunakan kepintaran, diorang dilatih untuk menghantar mesej rahsia dekat team diorang tanpa dikesan oleh pihak Jerman.

Dakwat halimunan atau ‘invisible ink‘ sering digunakan dalam kalangan pengintip British. Tambahan pula, mesej yang ingin disampaikan tak boleh dilihat dengan mata kasar sebab untuk membaca mesej rahsia tu diorang memerlukan bahan kimia. Kemudian, baru lah mesej tersembunyi tu didedahkan.

Tapi ada cabaran yang diorang kena hadapi — kena pilih satu dakwat yang bahan-bahannya senang didapati. Selain itu, mesej rahsia mestilah ditulis tanpa menimbulkan sebarang kecurigaan oleh pihak musuh.

Pada mulanya, orang Yunani dan Rom dah rasmikan dulu teknik dakwat halimunan tetapi ia telah disempurnakan di Eropah pada abad ke-16. Ketika itu, bahan melibatkan penggunaan cuka dan alum sangat popular untuk membuatkan teknik ni berjaya.

Sir Mansfield George Smith-Cumming

Jus lemon sering digunakan oleh pengintip British ketika Perang Dunia Pertama. Ia berkesan dan mesej yang ditulis dapat dibaca dengan jelas kalau ada larutan iodin. Walaupun teknik ni murah tapi ada kekurangannya sebab pihak musuh dapat mengesan surat yang berbau lemon dan akhirnya terkantoi juga.

Ada satu lagi cara yang digunakan — menggunakan cuka dan larutan kubis merah sehingga menyebabkan reaksi kimia dapat mendedahkan mesej tersebut

. Namun, gabungan cuka dan larutan kubis merah mengeluarkan bau yang kuat seperti lemon. Lagipun, susah nak dapatkan bahan-bahan seperti cuka atau lemon di medan perang. (Dekat sana mana ada kedai runcit)

Sejak tentera Jerman dah tahu teknik yang digunakan oleh pengintip British ni, diorang terpaksa mencari cara yang baru untuk menghantar mesej rahsia yang tak menggunakan iodin atau lemon. Teknik baru yang diorang guna ni lain sikit lah…

Ejen pengintip British membuat experiment dengan pelbagai jenis dakwat halimunan semasa Perang Dunia Pertama dan akhirnya, ketua British Intelligence Service M16 memberi satu idea yang menggantikan lemon dan iodin dengan… air mani lelaki.

Sebenarnya, idea untuk menggunakan air mani lelaki sebagai dakwat halimunan diberi oleh Kapten Sir Mansfield George Smith-Cumming atau dikenali sebagai “C”. Dia adalah pengarah pertama yang menjadikan Secret Intelligence Service (SIS) atau dikenali sebagai M16. Dalam peranan menjadi seorang ketua, dia berjaya membangunkan sebuah perkhidmatan perisikan yang gah di dunia.

Ni lah Kapten Sir Mansfield George Smith-Cumming. Imej dari todayifoundout.
Mesti korang tertanya-tanya dari mana dia dapat idea ni kan?

Seperti mana-mana spymaster yang dihormati, Sir Mansfield Cumming berminat dengan komunikasi rahsia — dakwat halimunan.

Namun, masalah utama adalah kebanyakan cecair yang boleh guna dan teknik yang digunakan boleh mendedahkan pihak British. Untuk selesaikan masalah ni, dia berjumpa dengan para saintis di Universiti London untuk discover satu jenis dakwat yang baru.

Sir Walter Mervyn St George Kirke

Selepas para saintis try and error semua cecair, akhirnya, diorang berjaya menemui sesuatu.

Sir Mansfield Cumming diberitahu untuk menggunakan air mani lelaki sebagai dakwat halimunan sebab tak ada sorang pun discover lagi. Sir Mansfield Cumming rasa teruja untuk belajar tentang penggunaan air mani untuk dijadikan teknik baru. Ejen-ejen pengintip British hidup dalam moto “now every man has his own stylo”.

Ada yang kata idea ni sebenarnya satu bahan lawak sebab nama ketua M16 adalah “Cumming”. Kalau korang perasan, nama penuh dia Mansfield George Smith-Cumming tapi “Smith” dibuang dalam kisah ni. Kemungkinan ia dibuang untuk diceritakan kepada generasi berikutnya untuk menjadikan kisah ni lagi kelakar.

Ada satu kisah yang lagi kelakar semasa ejen-ejen British menggunakan teknik ni.

Major Holme seorang ejen pengintip British yang ditempatkan di Copenhagen. Dia ditugaskan untuk mengirim surat-surat dan mesej rahsia kepada M16 manakala, orang bawahan Sir Mansfield Cumming, Frank Stagg ditugaskan untuk menerima surat-surat rahsia daripada Holme. Pada satu hari, Stagg terpaksa bagitahu Holme “operasi baru diperlukan untuk setiap surat” selepas orang-orang di pejabatnya mula mengeluh yang semua surat Holme berbau busuk. Macam mana boleh berbau?

kesian orang-orang dalam pejabat M16 bila surat Holme sampai. Imej dari imgflip
Rupa-rupanya, Holme dah standby sebotol air mani untuk menulis surat supaya dia tak perlu melakukan apa yang dia kena buat untuk mendapatkan “dakwat” segar setiap kali dia nak hantar surat rahsia.

Sejak dari kes itu, Sir Mansfield Cumming menegaskan jika teknik ni mahu digunakan oleh ejen pengintip, setiap surat yang ingin dihantar perlulah menggunakan air mani yang fresh. Selain masalah bau, penggunaan air mani terhad serta ejen pengintip wanita tak menghasilkan air mani.

Walaupun kisah Sir Mansfield Cumming macam kisah yang mitos tetapi satu-satunya rujukan ringkas mengenai cadangan itu dijumpai dalam buku kod “C” dalam diari pegawai perisikan Walter Kirke beberapa tahun kemudian. Sir Mansfield Cumming mencadangkan menggunakan air mani untuk menulis mesej rahsia sebab ia tak dapat didedahkan dengan penggunaan wap iodin.

The ADFGVX cipher, employed by the German army in World War I.

Tapi ejen pengintip sekarang dah tak guna dakwat halimunan untuk hantar mesej rahsia. Tapi diorang guna…

Kod cipher amat berguna ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua. Kod rahsia ni menjadi tali hayat kepada dua pihak untuk menyampaikan sesuatu maklumat tanpa dapat dikesan musuh. Negara-negara maju seperti Jepun, Jerman, Britain dan Amerika Syarikat mempunyai ahli cipher yang terlatih. Diorang ni lah yang bertanggungjawab untuk pecahkan kod yang telah dipintas serta mencipta sejenis kod yang sukar dipecahkan oleh musuh.

Beberapa kod rahsia daripada beberapa huruf sehingga ada yang mempunyai beberapa muka surat telah menjadi bahan kajian ahli cipher (ahli pemecah kod rahsia) daripada seluruh dunia. Sehingga ke harini, kod-kod rahsia digunakan oleh kebanyakan agensi perisik daripada seluruh dunia. Mossad, CIA, MI6 dan sebagainya, diorang berkomunikasi dengan cara unik yang mana hanya diorang je yang mengetahuinya.

BACA: “Awak tiga kali lewat bulan ini, bulan depan saya tukarkan punch kad awak warna lain”, Kisah Guru Besar tiada hati perut