Tak sangka! Rupanya peralatan elektrik yang jarang kita guna jadi punca bil elektrik melambung yang ramai tak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Tak sangka! Rupanya peralatan elektrik yang jarang kita guna jadi punca bil elektrik melambung yang ramai tak tahu.

Bil Elektrik Melambung Tinggi Meskipun Jarang Guna, Peranti-peranti Ini Mungkin Puncanya.

Mungkin kadang-kadang anda pelik. Walhal jarang berada di rumah dan menggunakan peralatan elektrik pun secara minimum sahaja.

Tak sangka! Rupanya peralatan elektrik yang jarang kita guna jadi punca bil elektrik melambung yang ramai tak tahu

Tetapi bil elektrik masih tinggi. Cuba anda pikir ada tak anda biarkan peralatan eletrik dengan plag masih bersambung dengan soket?

Untuk pengetahuan anda, arus elektrik masih berjalan walaupun perlatan tersebut tidak digunakan.

Jadi, kami ingin kongsikan dengan anda 5 jenis peralatan eletrik yang masih menelan tenaga walaupun tidak duguna selagi mana plag masih bersambung dengan soket.

Mungkin lepas ini anda perlulah lebih kerap untuk mencabut plug peralatan tersebut jika tidak digunakan tambah-tambah jika anda ingin meninggalkan rumah untuk tempoh tertentu.

1 Peralatan Elektrik Dengan Fungsi Pemasa

108 W sehari. Mungkin tidak setiap rumah mempunyai peralatan secanggih ini, tetapi bayangkanlah jumlah tenaga yang dibazirkan setiap hari yang mungkin boleh disalurkan untuk penggunaan yang lebih berfaedah. Itu jika hanya ada satu peralatan elektrik dengan fungsi pemasa, bayangkan jika hampir kesemua peralatan elektrik anda ada fungsi pemasa terutamanya peralatan di dapur, dan jika anda membiarkan ia tidak ditutup walau tidak digunakan, jumlah yang dibazirkan anda bayangkanlah sendri.

2 Komputer/Laptop

sajagempak.com – Bil Elektrik Melambung Tinggi Meskipun Jarang Guna, Peranti-peranti Ini Mungkin Puncanya

Tak kiralah sama ada PC mahupun Laptop, kedua-duanya memang menggunakan tenaga yang sangat banyak. Terutamanya PC, kami sangat yakin bahawa memang plugnya tidak pernah diusik daripada soket eletrik. Tak percaya? Pegilah tengok PC masing-masing jika anda memilkinya.

Kedua-dua peralatan tersebut menelan tenaga sebanyak 96 W sehari. Banyaknya. Memang membazir sangat-sangat. Malah, ia jumlah tenaga yang dibazirkan bertambah sebanyak 1.5 kali jika anda meninggalkan komputer anda dalam keadaan Mod Sedia. Jadi lepas ni, kalau dah tak guna PC atau laptop masing-masing, ringan-ringankanlah tangan tu untuk tanggalkan plug dari soket, ok.

3 Televisyen

Kalau di atas tadi adalah dekorder, yang ini adalah tv itu sendiri sebab kalau anda ada dekorder dah tentulah anda juga ada tv. Jumlah elektrik yang dibazirkan setiap hari jika anda tidak menanggalkan plug tv daripada soket adalah sebanyak 24 W sehari. Cuba campur dengan jumlah tenaga yang dibazirkan oleh dekorder tadi. Dan renung-renungkanlah bila kali terakhir anda menanggalkan plug kedua-dua peralatan tersebut.

4 Dekoder TV Digital

Bagi mereka yang melanggan perkhidmatan TV berbayar, pasti tahu apa itu dekoder tv. TV dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana dari dahulu lagi ia menjadi medium utama untuk manusia berhibur sama ada untuk menonton drama mahupun sekadar menonton berita. Jadi, sudah tentu ada yang malas mahu menutup plug dekoder, nanti senang nak buka tv hanya perlu capai alat kawalan jauh sahaja.

Tapi tahukah anda, dekoder yang tak ditutup walaupun tv tak dibuka mengguna tenaga sebanyak 22 W sehari. Jumlah yang agak tinggi sebenarnya, maka tak hairanlah bil elektrik anda masih ‘meroket’ walaupun anda jarang menonton televisyen.

5. Charger Handphone

Ini adalah antara peralatan yang paling sering digunakan oleh umat manusia kerana pada hari ini, hampir sukar mencari manusia yang boleh ‘hidup’ tanpa telefon di tangan. Jadi sudah tentulah ia peralatan yang paling banyak dibiarkan ‘melekat’ pada soket elektrik di rumah masing-masing.

Pengecas telefon menelan tenaga sebanyak 1.2 Wattage (W) sehari walaupun ia tidak digunakan. Kecil nilainya bukan? Cuba darabkan dengan 365 hari dan darabkan dengan jumlah berapa tahun sudah anda mengguna telefon. Terkejut?

Mungkin ada yang berfikir bahawa jumlah-jumlah tersebut adalah kecil, tetapi dengan pembaziran secara kerap, ia bukanlah jumlah yang kecil. Dan satu lagi, ia bukan kerja yang sukar untuk menanggalkan plug peralatan-peralatan yang dinyatakan di atas, dan pada masa yang sama ia juga salah satu cara untuk anda berjimat cermat.

BACA:

Risau cikgu kena fitnah, murid darjah 3 suruh cikgu hafal surah Al-Kahfi dan Al-Mulk undang dekah netizen

Pemimpin pembangkang akhirnya move on kalah pilihanraya, ucap tahniah kepada Perdana Menteri