Tak sangka! Rupanya ramai tak tahu boleh pendek umur jika kerap guna telefon dedah pakar

Oleh GEMILANGDAILY

Tak sangka! Rupanya ramai tak tahu boleh pendek umur jika kerap guna telefon dedah pakar

Satu kajian baharu mendapati bahawa penggunaan telefon pintar selama berjam-jam boleh memendekkan jangka hayat manusia,

Laporan media mengenainya memetik pakar-pakar di Institut Penyelidikan Buck Mengenai Penuaan di California,

Tak sangka! Rupanya ramai tak tahu boleh pendek umur jika kerap guna telefon dedah pakar

Amerika Syarikat menjelaskan bahawa aktiviti berkenaan juga boleh merosakkan mata dan memberi kesan kepada proses badan yang lain.

Pendedahan mata terhadap cahaya daripada skrin telefon pintar didapati boleh mengganggu kitaran tidur di samping memburukkan lagi penyakit kronik, kata pasukan penyelidik.

Sistem pertahanan mata adalah kuat berbanding organ lain memandangkan ia sentiasa terdedah kepada persekitaran luar.

Apabila sistem pertahanannya menjadi terlalu aktif disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya melalui telefon pintar pada setiap hari, ia boleh mengganggu proses dalaman badan dan membahayakan organ lain.

“Merenung pada skrin komputer dan telefon pintar menyebabkan kita terdedah kepada pencemaran cahaya, malah keadaan tersebut sangat mengganggu kitaran biologi.

“Ia merosakkan perlindungan untuk mata serta memberi kesan terhadap penglihatan, merosakkan seluruh badan dan otak,” kata seorang profesor dan pakar pemakanan dari Institut Buck, Dr. Pankaj Kapahi

BACA:

Patutlah Mizz Nina terpikat, bukan calang-calang orang, rupanya ini latarbelakang Essam Muhammad