Tak sangka tapak sekolah kami rupanya kubu askar Jepun dulu

Tak sangka tapak sekolah kami rupanya kubu askar Jepun dulu

Tak sangka tapak sekolah kami rupanya kubu askar Jepun dulu . Tindakan seorang pelajar sekolah menengah menunjukkan sebuah kubur yang berada di dalam kawasan sekolahnya menarik perhatian orang ramai untuk berkongsi pengalaman di sekolah masing-masing.

Berdasarkan perkongsian video berdurasi 11 saat itu di aplikasi Tiktok, @dmiadarwisyah, menunjukkan papan tanda adab menziarahi kubur dan sebuah kubur yang berada di dalam kawasan sekolahnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai mengambil peluang berkongsi reaksi termasuk mendakwa sekolah mereka dahulunya merupakan tapak perkuburan askra Jepun.

“Sekolah saya dahulu pun tempat tapak perkuburan askar Jepun,” kata @awangamirsyafiq.

Tak sangka tapak sekolah kami rupanya kubu askar Jepun dulu

“Rupa-rupanya semua padang di sekolah dalam Malaysia ni kebanyakkan kubur tentera jepun,” ujar @ainiimj.

“Biik musik sekolah saya dahulu pun tempat askar jepun berkumpul,” jelas @chae.lovery.

@dmiadarwisyah♬ original sound – 𝚂𝚒𝚕𝚎𝚗𝚝_𝙺𝚒𝚕𝚕𝚎𝚛◽️◾️


Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 1.8 juta tontonan dan lebih 167,100 ribu tanda suka di aplikasi Tiktok.

BACA:

‘Abang ipar dari neraka..’

Dulu selalu kena sindir orang kampung sebab kerja biasa, dah jadi polis sekarang semua hormat

CATEGORIES