Siriati, seorang ibu kepada lima orang anak, sebelum itu merancang untuk pergi ke pasar bersama abangnya untuk membeli ubat.
Namun lain pula jadi bila isteri kepada ini tak sampai-sampai dirumah abangnya
Seorang wanita telah meninggal dunia selepas dimakan oleh seekor ular sawa sepanjang 30 kaki (9 meter),
dalam kejadian tragis di Kampung Siteba, wilayah Sulawesi Selatan, pada Selasa (2 Julai).
Mengutip laporan Mirror, mangsa yang dikenali sebagai Siriati, 30 tahun, diserang oleh reptilia tersebut ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah abangnya.
Siriati, seorang ibu kepada lima orang anak, sebelum itu merancang untuk pergi ke pasar bersama abangnya untuk membeli ubat. Namun, suaminya yang bernama Adiansya, 30 tahun,
mula merasa cemas apabila menerima panggilan telefon dari abang iparnya yang memberitahu bahawa Siriati belum tiba di rumah mereka.
Adiansya kemudian mencari isterinya mengikuti laluan yang sama dan menjumpai selipar Siriati di dalam semak. Semasa mencari di sekitar kawasan tersebut, dia melihat ular sawa sedang menelan isterinya, dengan kaki Siriati masih terjuntai dari mulut ular tersebut.
Dengan bantuan penduduk kampung, Adiansya berjaya membunuh ular tersebut dan cuba untuk menyelamatkan isterinya, tetapi sayangnya Siriati telah meninggal dunia.
Untuk catatan, ini merupakan insiden kedua dalam masa sebulan di wilayah yang sama di mana penduduk kampung telah terkorban akibat serangan ular sawa.
Pada awal Jun, seorang pekebun bernama Farida, 50 tahun, turut menjadi mangsa ular sawa gergasi dalam kejadian di Desa Kalempang, Sulawesi Selatan.