Mesti ramai antara anda yang masih tidak tahu mengenai garis (line) berwarna pada tudung Jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sebenarnya, uniform-uniform yang berbeza dan warna line yang berlainan itu mempunyai maknanya tersendiri.
Jururawat dengan line biru pada tudung atau cap kepala.
Jururawat dengan line biru ini dikenali sebagai Staffnurse (SN) atau jururawat terlatih.
Staffnurse ini mempunyai latar belakang pengajian Diploma Kejururawatan.
2. Line biru pada bahu – Male Nurse.
Jururawat dengan line biru pada bahu juga merupakan jururawat terlatih (Staffnurse).
Mereka juga mempunyai latar belakang pengajian Diploma Kejururawatan.
@belnawhen BUKAN semua uniform putih adalah Nurse #TahukahAnda #nurse #frontliners #whiteuniform #belnawhen ♬ Я буду ебать – Moreart
3. Line Ungu pada tudung atau cap kepala.
Jururawat yang mempunyai line ungu ini merupakan jururawat masyarakat dan mereka mempunyai sijil Jururawat Masyarakat.
4. Line Kuning pada tudung.
Pegawai dengan line kuning pula merupakan juruterapi pergigian.
5. Baju & Seluar Putih, Kasut Hitam
Pegawai dengan uniform ini merupakan Pembantu Perawatan Kesihatan atau kita panggil dengan nama ringkas PPK atau Attendan.
6. Baju Putih & Seluar Hitam.
Pegawai dengan uniform ini pula merupakan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) / Dressa.
Mereka juga dikenali sebagai MA dan mempunyai latar belakang pengajian Diploma Pembantu Perubatan atau yang paling terkini dikenali Diploma Sains Kesihatan Perubatan &