Tak sempat bulan madu, pengantin meninggal dunia selepas akad nikah

Oleh ISMAIL YAHYA

Beberapa jam sebelum kejadian, pengantin sempat muat naik gambar di media sosial sambil memakai busana pengantin berwarna putih.

Seorang pengantin perempuan dilaporkan meninggal dunia pada majlis perkahwinannya sendiri

selepas terjatuh ke dalam kolam renang, lapor akhbar Metro UK semalam.

Tak sempat bulan madu, pengantin meninggal dunia selepas akad nikah

Elisangela Gazano, 38 tahun, dilaporkan hilang keseimbangan ketika menari sebelum terjatuh ke dalam kolam renang di sebuah rumah yang disewa di Limeira, Brazil, Ahad lalu.

Walaupun cubaan menyelamatkan mangsa dilakukan oleh tetamu, Elisangela, seorang ibu kepada lima anak, mengalami serangan jantung dan disahkan meninggal dunia selepas tiba di hospital.

Beberapa jam sebelum kejadian tragis itu, Elisangela sempat memuat naik gambar di media sosial yang memaparkan dia menandatangani beberapa dokumen sambil memakai gaun pengantin berwarna putih.

BACA: “Masaklah banyak macam mana pun, kalau depan aku tak selera juga, kau mekap pun tak pernah menjadi, bini orang elok je”