Sebuah penerbangan milik Turkish Airlines mendarat cemas setelah juruterbangnya
Meninggal dunia semasa menerbangkan pesawat, lapor akhbar New York Post.
Penerbangan TK204 berlepas dari Seattle, Washington sejurus selepas pukul 7 malam (waktu tempatan) kelmarin, dalam perjalanan ke Istanbul.
Pesawat itu terpaksa berpatah balik dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy pada pukul 5.57 pagi (waktu tempatan) semalam,
Berikutan insiden tersebut, menurut laman web pemantauan pesawat, FlightAware.
Menurut jurucakap Turkish Airlines, Yahya Ustun, juruterbang bernama Ilcehin Pehlivan, 59, itu rebah semasa penerbangan.
“Selepas usaha pertolongan cemas tidak berjaya, kru penerbangan, termasuk seorang juruterbang dan pembantu juruterbang, memutuskan untuk melakukan pendaratan cemas. Namun, dia meninggal dunia sebelum pesawat mendarat,” kata Yahya.
Tambahnya, Ilcehin telah berkhidmat dengan Turkish Airlines sejak 2007 dan baru sahaja lulus pemeriksaan kesihatan pada bulan Mac lalu. Dia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan sebelum ini.