Tak sempat punca kad kredit Khairul Aming declined, disaksikan 31000 rakyat Malaysia

Oleh ISMAIL YAHYA

Selebriti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming, mencuri perhatian netizen

apabila berdepan insiden lucu di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu hari ini.

Dalam sesi siaran langsungnya petang tadi, Khairul Aming cuba membuat pembayaran berjumlah RM19,330

untuk membeli pakaian yang bakal disumbangkan kepada mangsa banjir di negeri itu.

Namun, usahawan kelahiran Kelantan itu menghadapi kesukaran apabila semua kad bank yang digunakannya ditolak oleh sistem.

Tak sempat punca kad kredit Khairul Aming declined, disaksikan 31000 rakyat Malaysia

“Declined. Tolonglah jangan tengok, malu Khairul Aming. Duit orang tapi kad aku tak clear lagi.

“Kalau kena reject lagi, tunggu saya bersihkan apa yang perlu sebab seminggu ni memang tak sempat nak buat apa. Tidur pun tak sempat.

“Ini mesti declined juga,” katanya sambil berjenaka.

@its_me_milaaaa 31k tengok kad KA decline 😂😭 #khairulaming ♬ original sound – 𝑀𝒾𝐿𝒶

Berusaha dengan Kad Lain

Tidak berputus asa, Khairul Aming terus mencuba beberapa kad bank lain untuk menyelesaikan transaksi, namun usaha itu tetap menemui jalan buntu.

“Yang ini boleh kot? Declined juga. Menangis aku tiga kad. Sekali lagi (bawa keluar kad bank lain). Minggu ini semua pembelian untuk banjir pakai kad ini.

“Tapi saya tak sempat uruskan kad sebab banyak sangat duit sumbangan orang ramai untuk banjir,” jelasnya.

Netizen Terhibur

Situasi tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang menganggap kejadian itu melucukan dan tidak menyangka seorang figura terkenal seperti Khairul Aming juga boleh berdepan masalah pembayaran.

Walaupun insiden ini menghiburkan, ramai yang menyedari bahawa cabaran yang dialami oleh Khairul Aming adalah unik kerana melibatkan pengurusan sumbangan besar untuk mangsa banjir, berbeza dengan kebiasaan masalah kad ditolak yang dialami orang awam.

Keikhlasan dan usahanya membantu mangsa banjir tetap dihargai, walaupun berdepan cabaran teknikal yang tidak diduga.

BACA: Satu Malaysia kena tipu, batu di Gunung Ledang rupanya bukan batu bersurat