Tak tahan cuaca panas, pemuda ini meninggal dunia lepas berendam dalam sungai

Oleh GEMILANGDAILY

Tak tahan cuaca panas, pemuda ini meninggal dunia lepas berendam dalam sungai.

Seorang pekerja Sarawak Energy meninggal dunia selepas berendam di dalam air dipercayai ketika badannya masih dalam kepanasan.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sibu.

Tak tahan cuaca panas, pemuda ini meninggal dunia lepas berendam dalam sungai

kira-kira jam 3.15 petang semalam, yang mengatakan seorang lelaki pengsan di dalam hutan Jalan Paradom/Tanjung Genting Bintangor.

Berdasarkan siasatan awal, katanya, mangsa yang berusia 52 tahun bersama-sama beberapa orang rakan sekerjanya bertugas menyelenggara pencawang elektrik di kawasan kejadian.

“Menurut saksi, ketika kejadian cuaca panas terik dan mangsa masuk berendam ke dalam sungai berhampiran pencawang elektrik berkenaan.

“Apabila keluar dari sungai, mangsa mengadu seakan-akan mahu pitam dan terus pengsan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkipli berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 4.59 petang oleh paramedik dari Hospital Sibu.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke rumah mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

BACA: 

“Kerana ikut kehendak isteri nak kerja konon nak bantu aku, tiba-tiba dia ada adik angkat yang ‘angkat’ dia buat aku terduduk”

Geramkan kucing jiran suka sangat ‘berak’ di laman rumah kita, ini petua elak perkara ini terjadi no 5 paling menjadi