“Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Oleh NADIA HARON

Peningkatan harga barangan bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat Malaysia, malah ia melibatkan isu global.

Oleh itu ramai yang mula memilih untuk berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat untuk menampung perbelanjaan terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Pun begitu, rakyat Malaysia bertuah kerana memiliki pilihan pasar raya yang menjual barangan dengan harga berpatutan dan rahmah seperti MYDIN.

“Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Mungkin ramai yang belum tahu, sebenarnya ada trick untuk pastikan pembelian korang lebih berbaloi, malah boleh dapat harga lebih murah.

Antaranya dengan menggunakan kad meriah ataupun e-wallet yang menawarkan ganjaran seperti diskaun dan cashback kepada pengguna.

Beli grocery boleh dapat RM500?

Terbaru, seorang lelaki telah membongkarkan ‘rahsia’ untuk merebut hadiah kredit e-wallet berjumlah RM500 ketika berbelanja di MYDIN.

Jelas pemuda itu, dia mengetahui tentang ganjaran berkenaan selepas dimaklumkan oleh seorang cashier MYDIN semasa ingin membuat pembayaran.

“Tadi masa nak bayar, adik cashier ni tanya aku. Aku ada e-wallet MBSB tak?Aku dah blur, lepastu aku tanya kenapa?

“Dia jawab, total barang aku beli ni RM153.50. So kalau aku bayar guna e-wallet MBSB tadi, aku berpeluang untuk menang RM500 dari Mydin,” ujarnya.

Tambah pemuda itu, pengguna hanya perlu memuat turun MBSB Bank E-Wallet di Apple App Store atau Google Play Store dan berbelanja di MYDIN untuk merebut hadiah RM500 tersebut.

“Cashier tu cakap, aku just kena download E-Wallet MBSB Bank, daftar & belanja RM150 dekat MYDIN. Memang ngam la dah alang2 belanja barang rumah pun dalam 150 jugak seminggu.

“Aku pun apa lagi tadi, terus daftar kat kaunter tu. Eh dapat pulak free kredit RM6.60 masuk dalam e-wallet MBSB Bank masa nak bayar tadi,” tambahnya lagi.

Difahamkan, hadiah berupa kredit e-wallet Bank MBSB tersebut adalah sempena Ulang Tahun ke-66 MYDIN tahun ini.

Yang lagi best, RM500 tadi bukan untuk seorang tapi untuk 10 orang pemenang bertuah yang berbelanja paling di Mydin menggunakan E-Wallet MBSB.

Hah korang apa tunggu lagi, takkan nak duduk diam lagi. Mana tahu kali ini rezeki korang pula untuk menang.

BACA: “Aku benci dengan apa yang aku lalui, aku menyesal pilih suami tiada kualiti, tika ini suami pula terhegeh cari aku”