Hutang adalah perkara yang melibatkan wang iaitu meminjam dari rakan taulan, keluarga mahu pun bank.
Setiap dari manusia tidak pernah terlepas dari terlibat dengan hutang kerana ia akan berada dalam segenap urusan kewangan kita.
Walaupun amaun pinjaman itu sedikit, perlulah kita mengusahakan untuk membayarnya kerana ia dituntut dalam islam.
Kita juga perlu memahami ilmu dan strategi kewangan untuk dapat menguruskan hutang dengan berkesan.
Di bawah ini adalah lima tips tentang bagaimana anda boleh menguruskan hutang dengan lebih baik,
sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Abang Baju Hijau yang sering berkongsi ilmu pengurusan kewangan.
1) Rekod setiap perbelanjaan
Catat setiap transaksi keluar dan masuk dalam kewangan anda. Ini penting untuk memastikan anda memahami perbelanjaan anda dan di mana wang anda digunakan.
Anda boleh menggunakan pelbagai cara untuk mengawal rekod ini, sama ada secara manual atau dengan menggunakan aplikasi seperti ‘Money Tracker’ sebagai contoh.
2) Kurangkan perbelanjaan
Walaupun mungkin sukar, cubalah untuk mengurangkan perbelanjaan pada barang-barang yang bukan keperluan. Semasa anda sedang berusaha untuk melunaskan hutang, hanya perbelanjakan wang untuk perkara yang benar-benar diperlukan.
3) Kurangkan komitmen
Cuba kurangkan komitmen yang tidak perlu seperti langganan siaran televisyen berbayar, peranti penapis air, atau sebarang perkhidmatan yang boleh dihentikan buat sementara waktu.
4) Meningkatkan pendapatan
Cuba tambahkan pendapatan dengan ‘pendapatan pasif’. Pendapatan pasif merujuk kepada mana-mana sumber pendapatan yang boleh menghasilkan wang dengan aktiviti yang minima.
5) Langsaikan hutang
Tumpukan usaha untuk melunaskan hutang yang mempunyai baki tertinggal yang rendah dan hutang yang mengecapi faedah tinggi. Dengan kata lain, dalam fasa komitmen untuk melunaskan hutang, kita perlu mempraktikkan disiplin kewangan, terutamanya dalam mengawal perbelanjaan yang tidak penting.
Penting untuk menguruskan hutang dengan cermat untuk mencapai hidup yang lebih seimbang. Cuba praktikkan tip yang telah dikongsikan ini untuk merealisasikan impian hidup bebas daripada hutang.
Baca juga: Ramai tak tahu beberapa tabiat ini boleh sebabkan enjin kereta auto cepat rosak